Harian Metro

Petaka jam 2.49 pagi

- Teoh Pei Ying news@nstp.com.my

 Dua tukang cat maut, seorang parah terpelanti­ng dari skylift dirempuh treler

Dua tukang cat yang melakukan tugas mengecat papan tanda jalan maut apabila tercampak dari atas jentera skylift dinaiki sejurus kenderaan itu dirempuh treler.

Dalam kejadian jam 2.49 pagi semalam, mangsa, Ying Hing Kai, 46, dan seorang warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Sapiudin, 50-an, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala, manakala seorang lagi pekerja warga Indonesia berusia 38 tahun parah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berada di dalam jentera itu pada ketinggian 20 meter untuk mengecat papan tanda.

Menurutnya, sebuah treler melanggar jentera angkat dinaiki tiga pekerja itu menyebabka­n semua mangsa tercampak di atas jalan.

“Pemeriksaa­n mendapati treler berkenaan ditinggalk­an di sebuah stesen minyak yang terletak lebih satu kilometer dari lokasi kejadian. Namun tiada pemandu di dalam kenderaan itu,” katanya semalam.

Azman berkata, mangsa yang parah di bahagian pinggang dan patah kaki kanan dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan. “Mayat dua mangsa yang maut pula dihantar ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Polis giat mengesan pemandu treler berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana menyebabka­n kematian dengan memandu dalam keadaan cuai.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubung­i pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222,” katanya.

 ??  ?? DUA pekerja cat maut, seorang parah akibat skylift dilanggar treler, semalam.
DUA pekerja cat maut, seorang parah akibat skylift dilanggar treler, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia