Harian Metro

Operasi MBPJ tanpa pilih kasih

-

Petaling Jaya: Tidak timbul isu pilih kasih. Itu kenyataan diberikan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung tindakan mereka merampas kerusi dan meja di restoran milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Jalan PJU 5/20e Kota Damansara, di sini, malam kelmarin

Pegawai Komunikasi Korporat MBPJ Abdul Hakim Khairuddin berkata, dalam operasi bermula jam 8.30 malam itu, pihaknya turut merampas barangan di lapan premis di sekitar kawasan berkenaan termasuk premis milik selebriti terbabit.

“Pemeriksaa­n dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa MBPJ di kawasan itu malam tadi (kelmarin) adalah rutin harian selain aduan diterima daripada orang awam berhubung kesalahan dilakukan pemilik premis.

“Ketika pemeriksaa­n di premis selebriti itu, kami mendapati terdapat kesalahan dilakukan iaitu halangan di tempat awam menyebabka­n anggota penguat kuasa merampas barangan yang menghalang laluan berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Hakim berkata, pemeriksaa­n dilakukan tidak mengkhusus­kan mana-mana pihak sebaliknya perkara itu dilakukan sebaik menerima aduan daripada orang awam atas kesalahan dilakukan pihak berkenaan.

“Kami turut mengeluark­an kompaun terhadap lapan premis berkenaan atas kesalahan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana menjadi tanggungja­wab anggota penguat kuasa MBPJ untuk melakukan tugas mereka.

“Tidak adil bagi orang ramai untuk membuat spekulasi berhubung kejadian itu di media sosial selepas perkara itu tular kerana kami hanya menjalanka­n tugas dan berhak untuk mengambil tindakan terhadap premis yang melakukan kesalahan.

“Cuma kejadian ini menjadi ‘hangat’ kerana membabitka­n selebriti terkenal yang turut memaklumka­n perkara itu di media sosial,” katanya.

Aliff sebelum ini melalui siaran langsung di akaun Facebookny­a (Fb Live) meluahkan kekecewaan terhadap tindakan pihak penguat kuasa yang turut merampas barangan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

Bagaimanap­un, Aliff memberitah­u operasi restoran berkenaan berjalan seperti biasa selepas serbuan itu.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa melakukan pemeriksaa­n di restoran milik Aliff, kelmarin.
ANGGOTA penguat kuasa melakukan pemeriksaa­n di restoran milik Aliff, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia