Harian Metro

Pilunya hati ibu!

- Mohd Khidir Zakaria news@nstp.com.my

 Hasmah kerap menangis apabila terkenang anak bongsu

“Berilah kami ruang kerana kehilangan anak bongsu ini sangat menyedihka­n,” kata Muhamad Ali Riduan, 30-an, bapa kepada kanak-kanak perempuan dua tahun yang lemas dalam kereta ibunya di sini, semalam.

Dia yang reda dan menerima takdir menimpa anaknya itu berkata, mereka sekeluarga masih terkejut, malah isterinya, Hasmah Masroh, 32, terlalu sedih dan kerap menangis setiap kali terkenangk­an anak kecil yang dimanjakan­nya sebelum ini.

“Saya tidak mahu komen banyak kerana bimbang menjejaska­n siasatan polis.

“Kami pun baru saja pulang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson bagi memberi keterangan. Biarlah keadaan reda dan isteri saya yang masih trauma kuat sedikit terlebih dulu.

“Semua yang berlaku bukan kehendak kami dan tidak disengajak­an. Kejadian ini terlalu tragis bagi kami sekeluarga. Maaf kerana kami masih bersedih dengan kehilangan anak bongsu kami ini,” katanya yang enggan mengulas panjang mengenai kes itu.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Penerangan MIC, Datuk VS Mogan di rumahnya di Taman Hartamas Sunggala di sini, semalam.

Semalam, anak bongsu pasangan itu, Nur Awfa Humaisha meninggal dunia akibat sesak nafas selepas tertinggal di dalam kereta ibunya selama empat jam di parkir di kolej kemahiran itu yang terletak di Batu 3, di sini.

Difahamkan, kanak-kanak itu yang masih tidur diangkat ibunya sebelum diletakkan di tempat duduk belakang kereta mereka, namun wanita berkenaan terlupa mengenai anaknya itu dan terus masuk ke pejabat dan memulakan kerja.

Dia hanya menyedari perkara itu empat jam kemudian dan ke kereta namun mendapati tubuh anaknya sudah kebiruan dan membawanya ke Klinik Kesihatan Port Dickson sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Muhamad Ali berkata, Nur Awfa Humaisha selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Telok Kemang, petang semalam.

 ?? FOTO: MOHD KHIDIDR ZAKARIA ?? HASMAH tidak dapat menahan sedih ketika Nur Awfa Humaisha dikebumika­n di tanah Perkuburan Islam Teluk Kemang, petang semalam.
FOTO: MOHD KHIDIDR ZAKARIA HASMAH tidak dapat menahan sedih ketika Nur Awfa Humaisha dikebumika­n di tanah Perkuburan Islam Teluk Kemang, petang semalam.
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran dalam kemalangan maut di Kilometer 323 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran dalam kemalangan maut di Kilometer 323 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu.
 ??  ?? MOGAN (kanan) bertanya khabar Muhamad Ali di rumahnya di Taman Hartamas Sunggala.
MOGAN (kanan) bertanya khabar Muhamad Ali di rumahnya di Taman Hartamas Sunggala.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia