Harian Metro

Wany Kayrie rangkul 7A

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

 Tangguh pembelajar­an untuk tumpu nyanyian Tahun ini saya mahu fokus untuk kerjaya

nyanyian terlebih dulu

Wany

Penyanyi Wani Kayrie mendapat 7A dalam keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan, Sri Aman di sini itu memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dan Tasawwur Islam.

Wany atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 18, berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu walaupun tidak mencapai sasaran untuk mendapat A dalam semua mata pelajaran.

“Apabila guru mengumumka­n saya mendapat keputusan cemerlang apabila meraih lebih 5A, saya sudah lega dan bersyukur.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada keluarga, guru, syarikat pengurusan dan peminat yang sentiasa mendoakan saya mendapat keputusan baik,”katanya.

Menurut Wani, walaupun sudah mendapat tawaran melanjutka­n pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), tetapi dia belum terfikir untuk melanjutka­n pelajaran.

“Tahun ini saya mahu fokus untuk kerjaya nyanyian terlebih dulu. Saya mahu membina nama yang kukuh sebagai penyanyi selepas memberi sepenuh komitmen terhadap pelajaran beberapa tahun lalu.

“Lagipun saya bakal mengikuti beberapa pertanding­an di luar negara tahun ini membuatkan saya tidak boleh melanjutka­n pelajaran.

“Insya-Allah tahun depan saya bercadang untuk mengikuti kursus dalam bidang perakaunan perniagaan,”katanya.

 ??  ?? WANY cadang ikuti kursus perakaunan perniagaan.
WANY cadang ikuti kursus perakaunan perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia