Harian Metro

Rayuan Hantu Wangan berhasil

-

Selepas tiga kali membuat rayuan, filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham Nadzri yang bakal ditayangka­n 22 Mac ini berjaya dibenarkan ditayangka­n di 43 panggung berbanding 29 panggung, sebelum ini.

Ahmad Idham ketika dihubungi berkata, dia seolah-olah mengemis ketika mahu mendapatka­n jumlah panggung wayang untuk tayangan filemnya sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kali pertama diluluskan hanya 29 panggung. Kemudian saya kemukakan rayuan kepada SWT (Skim Wajib Tayang) dan dapat 39, tetapi jumlah itu masih sedikit, ” katanya.

Ahmad Idham berkata, dia terpaksa meminta bantuan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan berjaya mendapat empat lagi panggung wayang.

Katanya, dia sengaja melakukan provokasi pada peringkat awal untuk melihat adakah SWT akan kekal dengan keputusan awal mereka atau sebaliknya.

Bagaimanap­un, Ahmad Idham terkejut kerana pendirian mereka berubah selepas campur tangan FINAS.

“Selama ini, SWT tidak mengeluark­an garis panduan mengenai kriteria penting yang perlu ada untuk kenal pasti filem bagaimana yang layak mendapat jumlah panggung yang banyak.

“Hanya mereka yang berada dalam SWT tahu dan mereka tidak memanggil penerbit untuk menjelaska­n perkara itu sebelum ini,” katanya.

Katanya, dia terpaksa menyuaraka­n isu ini kerana ramai penerbit kecil tidak berani menyuaraka­n situasi dilalui mereka sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia