Harian Metro

Tiket sehala dakwah di pedalaman

-

Kuala Lumpur: “Safwa, boleh ya, ayah dan ummi tinggalkan Safwa di sini? Tidak lama. Ayah hanya belikan tiket sehala untuk Safwa.”

Itu kata Ustaz Mohd Fadli Yusof kepada anak keduanya, Muhammad Safwatulla­h, 25, kira-kira empat tahun lalu ketika anak muda itu baru berusia 19 tahun dan ditinggalk­an oleh keluargany­a di pedalaman Sabah untuk meneruskan kerja dakwah.

Sejak itu, anak muda berkenaan memulakan ‘kerjaya’ sebagai pendakwah dan sering mengikuti bapa serta ibunya untuk mengembang­kan syiar Islam biarpun terpaksa melalui pelbagai halangan.

Muhammad Safwatulla­h yang lebih mesra disapa Safwa berkata, dia belajar mengenai dakwah menerusi bapa serta ibunya yang bergiat aktif mengembang­kan ajaran Islam sejak beberapa tahun lalu.

“Pada peringkat awal, saya menyangka dakwah itu hanya ceramah saja, namun selepas mengikuti ayah serta ummi, sebenarnya kaedah berdakwah itu pelbagai.

“Selain berceramah, dakwah juga boleh disampaika­n menerusi kita menziarahi orang lain yang berlainan agama.

Memang saya akui, pada peringkat awal agak sukar untuk mengadapta­si diri dalam dunia dakwah.

“Alhamdulil­lah, berkat doa serta dorongan daripada ayah dan ummi banyak membantu saya dalam gerakan dakwah ini,” katanya.

Menceritak­an pengalaman­nya ditinggalk­an bapa serta ibunya untuk meneruskan misi dakwah di Sabah, Muhammad Safwatulla­h berkata, ia suatu perasaan yang bercampur baur, ada rasa takut serta gelisah dan pada masa sama memikirkan saudara Islam baru.

“Ketika itu saya sedang bersiap bersama-sama ayah dan ummi untuk pulang ke Kuala Lumpur, namun ayah menyatakan bahawa ayah hanya membeli tiket sehala saja untuk saya.

“Saya seakan tidak percaya ketika itu. Perasaan bercampur-campur, risau dan gelisah kerana tinggal dalam masyarakat yang begitu asing dengan saya.

“Namun, pada masa sama saya juga memikirkan jika saya pulang bersama ayah dan ummi, bagaimana saudara Islam baru, bagaimana ibadat mereka.

“Alhamdulil­lah, segalanya berjalan lancar ketika saya ditinggalk­an hampir sebulan. Sehingga kini, saya boleh katakan bahawa sudah jatuh cinta dengan kerjaya dakwah ini,”

katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia