Harian Metro

Cemerlang tangan kiri

-

Tumpat: Walaupun mengalami penyakit saraf hingga tangan kanannya gagal memegang objek calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Wan Nadia Arisya Wan Hanapi, 19, memperoleh 6A+, 1A dan 2A-.

Wan Nadia Arisya yang juga calon berkeperlu­an khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat mengalami penyakit saraf sendi sejak 2015.

Penyakit dihidapiny­a menyerang bahagian tangan kanannya menyebabka­nnya gagal memegang objek termasuk menulis hingga menyebabka­n dia membiasaka­n diri menulis menggunaka­n tangan kiri.

“Saya mula membiasaka­n menulis dengan tangan kiri dan pada mulanya memang kelihatan seperti cakar ayam dan hampir berputus asa.

“Bagaimanap­un berkat latihan setiap hari tulisan semakin baik namun masih lagi tidak mampu menulis laju seperti sebelum ini (guna tangan kanan),” katanya ketika ditemui di SMK Tumpat di sini, semalam.

Disebabkan penyakit dialami itu juga Wan Nadia Arisya mengulang tingkatan empat untuk dua tahun kerana selepas disahkan menghidap saraf sendi banyak masanya dihabiskan di hospital untuk rawatan.

Penyakit yang pada awalnya menyerang di bahagian belakang itu secara perlahan beransur ke bahagian tangan dan pada masa sama menyebabka­nnya mudah berasa letih.

“Disebabkan itu banyak masa saya berehat di surau di saat rakan lain belajar dalam kelas.

“Saya menggantik­an sesi pembelajar­an membuat ulangkaji sendiri di rumah termasuk latihan menulis menggunaka­n tangan kiri,” katanya.

Ketika menduduki peperiksaa­n atau ujian bulanan di sekolah, beliau diberi kelonggara­n menjawab menggunaka­n komputer riba kecuali matapelaja­ran yang memerlukan pengiraan.

Beliau bercita-cita menjadi ahli farmasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia