Harian Metro

NAK ARWAH AYAH TAHU

- Aslina Abu Bakar news@nstp.com.my

Kuala Terengganu

“Memang menjadi niat saya, jika mendapat keputusan 11A, orang pertama yang saya akan maklumkan adalah arwah bapa saya,” kata calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Syauqellah Razali, 18, dari Kampung Gong Tok Nasik.

Katanya, walaupun kini dia sudah tidak dapat melihat ayahnya, dia yakin arwah ayahnya itu pasti melihatnya dan gembira dengan kejayaan diperolehn­ya.

“Selepas kematian ayah dua tahun lalu, saya nekad berusaha lebih kuat dalam pelajaran. Malah saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang demi mengubah nasib keluarga.

“Sebaik diumumkan calon cemerlang, saya terus teringatka­n arwah ayah dan akan melawat pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Tok Nasik selepas majlis penyampaia­n hadiah selesai di sekolah,” kata anak ke tiga dari empat beradik itu.

Dia yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik berkata, memandangk­an dia bukan datang daripada keluarga senang, dia perlu berusaha sendiri dan pendidikan adalah aset penting buatnya untuk mengubah nasib keluarga serta berbakti kepada ibunya, Zainab Yusof, 49.

“Sejak kematian bapa, ibulah yang menyara kehidupan kami sekeluarga dengan bekerja sebagai guru Kafa.

“Melihat kesungguha­n ibu membesarka­n kami tanpa seorang suami membuatkan semangat saya untuk cemerlang semakin berkobar-kobar sebab itu ketika berada di dalam kelas, saya akan memberi tumpuan sepenuhnya ketika cikgu mengajar,” katanya.

Sementara itu, Calon Berkeperlu­an Khas (CBK), Ahmad Izzat Sohame@Suhaimi, 18 dari SMK Kuala Telemong Hulu Terengganu berkata, masalah disleksia bukan alasan buatnya untuk sama-sama berjaya seperti pelajar lain.

“Setiap kali mengulang kaji pelajaran, saya memerlukan seseorang untuk membimbing dan memberi semangat.

“Mujurlah keluarga amat memahami dan sentiasa berada di samping saya ketika saya mengulang kaji pelajaran,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, tiga calon memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran.

 Pelajar cemerlang SPM tekad beritahu keputusan cemerlang 11A di pusara bapa

 ??  ?? MUHAMMAD Syauqellah bersama ibu dan abang menziarahi pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Tok Nasek selepas mendapat keputusan 11A dalam
pepriksaan SPM.
MUHAMMAD Syauqellah bersama ibu dan abang menziarahi pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Tok Nasek selepas mendapat keputusan 11A dalam pepriksaan SPM.
 ??  ?? MUHAMMAD Khairul Azri (dua dari kiri), Muhammad Syauqellah (kanan), Ahmad Izzat dan Nur Ellena Elmie menunjukka­n keputusan peperiksaa­n masing-masing
di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
MUHAMMAD Khairul Azri (dua dari kiri), Muhammad Syauqellah (kanan), Ahmad Izzat dan Nur Ellena Elmie menunjukka­n keputusan peperiksaa­n masing-masing di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia