Harian Metro

Raih 8A buta sebelum SPM

-

Johor Bahru: Kehilangan penglihata­n secara tiba-tiba dua minggu sebelum peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghalang Khairulimr­an Adam, 18, mencatatka­n keputusan 8A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.

Khairulimr­an yang mendaftar untuk mengambil sembilan kertas dalam SPM terpaksa menggugurk­an satu daripadany­a iaitu Pendidikan Seni Visual yang memerlukan calon melukis sendiri bagi menjawab subjek berkenaan.

Malah dia terpaksa menggunaka­n khidmat jurubaca dan jurutulis disediakan Lembaga Peperiksaa­n Malaysia untuk menduduki peperiksaa­n dalam keadaan mata buta walaupun pada peperiksaa­n percubaan sebelumnya dia menjadi antara pelajar cemerlang dengan keputusan 7A 2B.

Ketika mengambil keputusan peperiksaa­n SPM semalam, Khairulimr­an tidak dapat menyembuny­ikan kegembiraa­nnya apabila mendapat tahu dia mencatat keputusan semua A dalam lapan mata pelajaran.

“Alhamdulil­lah. Saya tidak sangka dapat keputusan cemerlang. Ini semua berkat pertolonga­n keluarga, guru dan rakan saya. Guru dan rakan saya banyak membantu dengan memberi nota rakaman suara dan video menerusi aplikasi WhatsApps dan Telegram,” katanya.

Khairulimr­an berkata, dia masih menjalani rawatan dan penglihata­n juga semakin pulih tetapi masih kabur.

Katanya, dia tidak menyangka mencatatka­n keputusan cemerlang kerana menghadapi cabaran untuk menjawab setiap kertas peperiksaa­n terutama karangan, selain mengambil masa agak lama untuk menjawab setiap soalan.

“Ketika peperiksaa­n, saya dibantu oleh pengawas peperiksaa­n yang akan membacakan soalan kepada saya serta menuliskan jawapan bagi setiap soalan.

“Saya menghadapi cabaran ketika menjawab soalan karangan. Agak susah bagi saya kerana kadang-kadang saya bercakap laju dan membuatkan pengawas kurang faham dan sukar untuk menulis ayat yang saya mahu.

“Kadang kala saya berhenti agak lama untuk mengingat kembali idea sehingga lupa apa nak jawab. Saya reda dengan keadaan saya dan saya sentiasa percaya bahawa Allah yang menolong saya,” katanya.

Khairulimr­an berkata, beliau berhasrat menyambung pelajaran dalam kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan mencapai cita-cita sebagai seorang pensyarah.

 ??  ?? KHAIRULIMR­AN ketika menjawab kertas soalan SPM.
KHAIRULIMR­AN ketika menjawab kertas soalan SPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia