Harian Metro

Ibu tak jemu bantu naik moral

-

Kuantan: Kira-kira 12 tahun lalu, kehidupan Muhammad Adhwa Mohd Salemi berubah sepenuhnya apabila mata kirinya buta akibat terkena serpihan tin aerosol yang dibakar.

Tragedi itu membuatkan hidup remaja berusia 18 tahun itu diselubung­i kesedihan lebih-lebih lagi sering menjadi mangsa buli ketika di sekolah akibat kekurangan dialami itu.

Semalam, anak bongsu daripada empat beradik berkenaan berjaya membuktika­n dia juga mampu berjaya seperti orang lain apabila berjaya mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh 5A dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) itu berkata, dia mendedikas­ikan kejayaan itu kepada ibunya, Raihanah Jaffar, 60, yang selama ini tidak jemu memberinya semangat sehingga membuat dia mampu berdiri semula selepas kejadian berkenaan.

“Ibu banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat bagi menaikkan moral saya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ibu sering menyuruh saya banyakkan bersabar.

“Selain itu, pesanan arwah ayah supaya jangan pernah mengalah juga menjadikan saya kuat sehingga hari ini meskipun mempunyai kekurangan,” katanya ketika ditemui di SMART, di sini, semalam.

Ditanya mengenai caranya mengulang kaji pelajaran, Muhammad Adhwa berkata, dia memperuntu­kkan sekurang-kurangnya empat jam membuat latihan sekolah dan ulang kaji.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam peperiksaa­n ini, tambahan pula pada peperiksaa­n percubaan saya gagal dalam satu mata pelajaran.

“Tidak sangka saya berjaya memperoleh keputusan yang baik pada hari ini.

“Walaupun cacat, saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan di sekolah malah saya juga pernah menyertai pertanding­an inovasi di luar negara,” katanya ketika ditemui.

 ??  ?? MUHAMMAD Adhwa menunjukka­n slip keputusan SPM 2017 kepada ibunya.
MUHAMMAD Adhwa menunjukka­n slip keputusan SPM 2017 kepada ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia