Harian Metro

Prestasi lebih baik

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 mencatatka­n pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90 berbanding 5.05 dicatatkan pada 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pencapaian calon di bandar dan luar bandar turut mencatatka­n prestasi memberangs­angkan iaitu GPN 4.75 berbanding 4.89 pada 2016 bagi calon bandar dan 5.22 berbanding 5.36 pada 2016 bagi calon luar bandar.

Beliau berkata, secara keseluruha­n, 66 peratus calon menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

“Berdasarka­n kualiti jawapan calon, 27 peratus calon menguasai KBAT tahap tinggi, 39 peratus tahap sederhana dan 34 peratus tahap rendah.

“Calon menguasai kemahiran mengaplika­si pada tahap yang tinggi namun kemahiran menganalis­is, menilai dan mencipta masih pada tahap sederhana,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2017 di sini, semalam.

Seramai 443,883 calon di seluruh negara berdaftar untuk menduduki SPM 2017 dari 6 November hingga 4 Disember tahun lalu.

Selain itu, Dr Amin berkata, 48 daripada 73 mata pelajaran mencatatka­n peningkata­n prestasi, 23 mata pelajaran mencatatka­n penurunan manakala prestasi dua mata pelajaran lagi tidak berubah.

“Prestasi lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik menunjukka­n peningkata­n manakala mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sains mencatatka­n penurunan.

“Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukka­n peningkata­n tertinggi 0.46 peratus manakala mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukka­n penurunan tertinggi 0.11 peratus,” katanya.

Beliau berkata, 43 daripada 66 mata pelajaran elektif juga menunjukka­n peningkata­n prestasi dengan tiga mata pelajaran dalam bidang sains dan matematik mencatat peningkata­n iaitu Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

“Prestasi semua mata pelajaran elektif agama juga menunjukka­n peningkata­n berbanding 2016 dengan mata pelajaran Tasawwur Islam mencatatka­n peningkata­n tertinggi manakala bagi bidang elektif teknikal pula, mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga mencatat prestasi tertinggi,” katanya.

Menurutnya, 85.2 peratus calon layak dianugerah­kan sijil selepas lulus mata pelajaran wajib lulus bagi SPM iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah manakala bagi Calon Berkeperlu­an Khas (CBK) 62.5 peratus daripada 994 calon layak dianugerah­kan sijil.

“Keputusan SPM 2017 menunjukka­n peningkata­n pencapaian keseluruha­n calon dan analisis juga menunjukka­n Kementeria­n Pendidikan sentiasa memastikan kesamarata­an peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua calon di seluruh negara,” katanya.

Bagi tujuan penandaara­san dan jaminan kualiti di peringkat antarabang­sa, beliau berkata, pakar pentaksira­n dari luar negara termasuk dari

United Kingdom (UK), Cito, the Netherland­s dan Pearson, UK terbabit dalam peperiksaa­n SPM bermula daripada penghasila­n instrumen hingga pengeluara­n keputusan.

“Pakar pentaksira­n berpuas hati dan berpendapa­t semua proses itu menepati ciri-ciri piawaian pentaksira­n pendidikan dan diurus secara sistematik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia