Harian Metro

Pelajaran merosot

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Trauma penderaan seksual termasuk liwat ditanggung 21 pelajar maahad tahfiz di Bukit Bay Route di sini, turut mengakibat­kan pembelajar­an dan hafazan mereka merosot.

Pengetua dan pemilik maahad di Bukit Bay Route yang enggan dikenali berkata, perubahan itu berlaku selepas kejadian, namun beliau tidak mengesyaki sesuatu tidak bermoral berlaku terhadap anak muridnya.

“Memang boleh nampak perubahan terutama pada enam pelajar yang diliwat tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa, namun apabila kejadian ini terbongkar akhir Februari lalu, baru dapat tahu puncanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Suspek berusia 41 tahun ditahan polis, Isnin lalu selepas pihak pengurusan maahad tahfiz itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan kini direman sehingga 19 Mac ini.

Lelaki berkenaan dipercayai meliwat enam pelajar pusat tahfiz berusia antara 14 hingga 17 tahun sejak Ogos tahun lalu.

Suspek yang juga sukarelawa­n dan kerap memberi bantuan barangan keperluan dan pakaian di situ dipercayai turut melakukan gangguan seksual terhadap 21 pelajar berusia antara 10 hingga 17 tahun.

Dalam pada itu, pemilik maahad berusia 38 tahun itu berkata, pihaknya juga memberikan sesi kaunseling kepada semua mangsa dan keluarga yang terbabit supaya semangat mereka kembali pulih untuk meneruskan pengajian.

“Semua pelajar terbabit masih meneruskan sesi pembelajar­an seperti biasa dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti sekolah, hujung minggu ini.

“Ini menjadi kebiasaan maahad tahfiz ini setiap kali musim sekolah, mereka semua diberi cuti dua minggu, kita membenarka­n semua pelajar di sini pulang lebih awal,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri membantu memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar terbabit.

“Saya harap semua pusat tahfiz lebih berhati-hati dengan sukarelawa­n dan penderma yang dibenarkan terbabit dengan pelajar bagi mengelakka­n kejadian seumpamany­a berlaku,” katanya.

 21 pelajar maahad tahfiz trauma angkara sukarelawa­n

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia