Harian Metro

Berebut teman wanita

- Safeek Affendy Razali, Nor Azizah Mokhtar dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor cnews@nstp.com.my

 Pelajar ditumbuk, ditendang berulang kali sambil disorak rakan lain

Ditumbuk dan ditendang berulang kali sambil disorak rakan lain. Itu nasib dialami seorang pelajar sekolah di Nilai, Negeri Sembilan, dipercayai menjadi mangsa buli rakan sebaya berpunca isu perebutan teman wanita.

Kejadian buli itu bagaimanap­un tersebar di media sosial sejak petang kelmarin hingga mencetuska­n pelbagai reaksi.

Dalam video berdurasi 19 saat itu, seorang pelajar berbaju sukan warna biru putih dan berseluar gelap ditumbuk bertubi-tubi dan ditendang beberapa pelajar lain dari sekolah sama.

Malah, kumpulan pelajar yang membuli dan mencederak­an mangsa turut menyedari tindakan mereka dirakam pelajar lain.

Selain perbuatan mereka dirakam, kejadian itu turut ‘ditonton’ sekumpulan pelajar lain yang dilihat berpakaian seragam sekolah.

Berdasarka­n maklumat, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi iaitu pada waktu rehat sekolah berkenaan.

Lebih membahayak­an, kejadian itu dipercayai berlaku di ruang laluan di tingkat 3 sekolah berkenaan yang berkemungk­inan boleh menyebabka­n mangsa terjatuh ketika dipukul dan ditendang.

Sementara itu, polis yang dihubungi berkata, seramai lima pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan jam 10 pagi, semalam.

Katanya, siasatan awal polis mendapati pergaduhan itu berlaku Isnin lalu berpunca berebut seorang pelajar perempuan di sekolah berkenaan.

Menurutnya, seorang pelajar yang memukul mangsa patah tangan kiri selepas tergelinci­r dan terjatuh atas lan- tai di tingkat tiga sekolah itu.

“Pelajar yang patah tangan dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk rawatan dan sudah dibenarkan keluar dari wad. Mangsa pula tidak cedera serius,” katanya. Kuala Lumpur: Seorang anggota polis ditahan selepas dipercayai mencabul tahanan di sebuah lokap di Alor Gajah, Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 52 tahun itu adalah anggota tugas am yang dipercayai meraba tahanan berkenaan 1 Mac lalu.

Beliau berkata, anggota polis terbabit ditahan di balai tempat dia bertugas, semalam.

“Mangsa berusia 53 tahun itu mendakwa anggota polis itu merabanya sebelum melakukan tindakan lucah.

“Mangsa wanita sebelum itu ditahan atas kesalahan

Menurutnya, semua pelajar terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian itu daripada mana-mana pihak.

“Pihak kami hanya mengetahui pergaduhan itu menerusi video yang tersebar melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN video menunjukka­n sekumpulan pelajar di Nilai, Negeri Sembilan membuli seorang pelajar dengan menumbuk dan menendangn­ya yang mula viral di media sosial.
RAKAMAN video menunjukka­n sekumpulan pelajar di Nilai, Negeri Sembilan membuli seorang pelajar dengan menumbuk dan menendangn­ya yang mula viral di media sosial.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia