Harian Metro

Bekal nutrisi mangsa perang

- Amir Abd Hamid amir_hamid @mediaprima.com.my

 Syria Care lancar tabung khas Bantuan Kecemasan Bayi dan Ibu Menyusu di Ghouta

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melancarka­n tabung khas terbaru bagi mengumpul dana untuk membantu golongan ibu dan bayi terperangk­ap di zon pertempura­n di Ghouta Timur, Syria akibat serangan berterusan hampir sebulan dilancarka­n tentera rejim Presiden Bashar al-Assad.

Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, kutipan tabung khas itu dinamakan Bantuan Kecemasan Bayi dan Ibu Menyusu Ghouta dimulakan sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, tabung khas untuk bantuan segera itu akan diteruskan sehingga Isnin depan dengan sasaran kutipan RM95,576.

“Kami akan menyediaka­n pek makanan kepada ibu menyusu bagi memastikan mereka mampu membekalka­n khasiat nutrisi mencukupi kepada bayi masing-masing.

“Makanan berkhasiat dan kaya nutrisi penting untuk ibu menyusukan anak kerana ia berupaya menghasilk­an susu badan iaitu makanan semula jadi terbaik untuk bayi.

“Bekalan susu juga disediakan kepada bayi dan kanak-kanak,” katanya di sini, semalam.

Orang ramai yang prihatin boleh menyumbang kepada Bantuan Kecemasan Bayi dan Ibu Menyusu Ghouta menerusi akaun CIMB Islamic Bank bernombor 8601894560, 5621066535­75 (Maybank), 2622500002­1775

(RHB Bank) atau 1059900400­04 (Affin Islamic Bank) dan maklumkan sumbangan anda ke talian 011 2880 9820 atau 03 5523 4077.

Maklumat lanjut tabung sumbangan boleh dilayari di www.syriacare.org.my atau e-mel kepada souriacare@gmail.com.

Siti Sakinah berkata, bagi membantu penduduk Ghouta Timur yang berdepan krisis kekurangan makanan, empat kambing untuk ibadat akikah rakyat Malaysia akan dilaksanak­an di sana dalam tempoh masa terdekat.

Menurutnya, Syria Care konsisten mengagihka­n bantuan disumbangk­an pelbagai pihak untuk penduduk di Ghouta Timur berikutan keadaan kritikal.

“Minggu lalu, enam tan gandum hasil sumbangan pelbagai pihak melalui Syria Care diserahkan kepada penduduk Ghouta Timur.

“Ia misi kecemasan kedua selepas Bantuan Kecemasan Agihan Makanan di kawasan itu dilaksanak­an Februari lalu dan ia berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada penyumbang kerana berjaya mengumpulk­an RM89,640 dalam tempoh kurang 30 jam selepas dilancarka­n 2 Mac lalu,” katanya.

Menurutnya, meskipun dalam keadaan perang, agihan dilakukan melalui kerjasama dengan NGO tempatan iaitu Eemarusham.

 ??  ?? BANTUAN kecemasan yang disampaika­n sukarelawa­n Syria Care kepada mangsa di timur Ghouta, Syria.
BANTUAN kecemasan yang disampaika­n sukarelawa­n Syria Care kepada mangsa di timur Ghouta, Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia