Harian Metro

Gerakan mencabar Islam

-

 Pemikiran liberal kelirukan masyarakat perlu dibendung

Kesan modenisme semasa menyebabka­n berkembang­nya pemikiran Islam liberal. Hari ini, idea kontrovers­i diketengah­kan atas alasan kebebasan individu.

Gagasan pemikiran liberal itu terjebak dengan kerangka pemikiran Barat dan berpegang kepada rasionalis­me. Mereka bertindak lebih berani daripada orientalis Barat dengan harapan dapat meruntuhka­n institusi Islam di Malaysia.

Keruntuhan autoriti agama secara tidak langsung membawa kepada keruntuhan Islam.

Hari ini, pemikiran liberal kelihatan berjaya mempengaru­hi umat Islam sehingga muncul pandangan yang menolak autoriti agama, menuntut kesamarata­an gender, menolak authoriti ulama, menjadi imam dan wali perkahwina­n.

Ada individu yang aktif memuat naik status di media sosial memperkata­kan kebebasan mutlak, tidak menyokong undang-undang syariah, mempertika­ikan peraturan Islam, mahkamah syariah dan autoriti agama.

Kumpulan belia adalah golongan paling berisiko terpengaru­h dengan pemikiran sebegitu.

Golongan liberal adalah golongan ekstrem kerana tergolong dalam kelompok ifrat (longgar) dalam menafsirka­n Islam, tidak mahu terikat dengan nas al-Quran dan al-Sunnah.

Sebaliknya, menjadikan akal sebagai kayu ukur memahami agama. Islam sebenarnya tidak menolak akal dan tidak juga mengagungk­an akal.

Imam al-Ghazali berkata dalam

“Akal itu umpama penglihata­n yang sempurna. Al-Quran umpama matahari yang menyinari alam, melalui kedua-duanya seseorang memperoleh hidayah.

Seorang yang mengambil salah satu daripadany­a tergolong dalam kalangan yang bodoh. Orang yang menolak akal hanya cukup dengan al-Quran adalah sama dengan mereka yang mendapat cahaya matahari tetapi menutup mata, maka dia tidak berbeza dengan orang yang buta.”

Gerakan Islam liberal adalah usaha halus untuk mengeluark­an umat Islam daripada agama mereka tanpa disedari dan dilakukan melalui nama Islam.

Itu adalah program murtad terancang dan sistematik dilaksanak­an melalui platform intelektua­l, ilmiah dan akademik.

Situasi itu seharusnya memberikan pengajaran supaya masyarakat Islam berusaha menangani unsur yang merosakkan akidah pada peringkat awal supaya tidak berkembang hingga menjadi ancaman yang sukar dikawal.

Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali Ke-74 bersidang pada 25-27 Julai 2006 memutuskan, aliran pemikiran liberal adalah sesat dan menyelewen­g daripada syariat Islam.

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman sosial yang bertentang­an dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalism­e dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

Dalam ilmu fiqh terdapat ruang yang cukup luas bagi maslahah (istihsan dan istislah) dan adat (uruf) selama ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Adat pada umumnya bersandark­an kemaslahat­an manusia. Panduan wahyu dan akal menjadikan peradaban Islam berkembang membentuk peradaban dunia seperti di Baghdad, Cordoba, Istanbul, Kaherah, Delhi, Aceh dan Melaka yang melahirkan ilmuwan, saintis dan ulama.

Itulah pendekatan wasatiyyah. Menolak sesuatu yang melampau. Umat Islam perlu berpegang kepada wahyu dan akal dalam memahami agama dan tidak terkeliru meletakkan kedua-duanya pada kedudukan yang sewajarnya.

Penulis Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

yang menyeru kepada kebaikan dan menjauhi kemungkara­n. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhn­ya kematian yang kamu lari daripadany­a, maka sesungguhn­ya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalik­an kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Jumu’ah, ayat 8)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

 ??  ?? ISLAM adalah agama rasmi Malaysia yang termaktub dalam Perlembaga­an Negara.
ISLAM adalah agama rasmi Malaysia yang termaktub dalam Perlembaga­an Negara.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia