Harian Metro

Manfaat manusia ingati kematian

-

keharmonia­n.

Apabila seorang remaja mengingati mati, mereka akan bersedia lebih awal untuk menghadapi­nya.

Remaja yang sentiasa mengingati kematian tidak akan terjebak dengan perkara maksiat yang sering dikaitkan dengan mereka.

Mereka sedar setiap waktu dan saat, kematian semakin menghampir­i mereka. Manusia menjadi lalai dan alpa kerana mereka berasakan kematian jauh daripada mereka.

Ketika baru baligh, mereka berasa masih ada 50 tahun lagi untuk bertaubat. Maka, esok lusa pergi merempit lalu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia dalam keadaan bergeluman­g dosa. Bagaimana hendak bertemu Allah SWT?

Apabila seorang anak mengingati mati, dia tidak akan menderhaka­i ibu bapanya. Sebaliknya, dia sedar ibu bapalah ladang untuk mendapat pahala.

Mereka akan memberi yang terbaik untuk kebajikan ibu bapa.

Apabila ibu bapa mengingati mati, mereka sedar anak adalah amanah yang perlu dijaga sebaik-baiknya. Mereka tidak akan melakukan sebarangan terhadap anak seperti penderaan.

Ibu bapa juga akan berusaha memberi yang terbaik untuk anak.

Apabila seseorang yang sudah berkahwin mengingati mati, mereka tidak akan mengkhiana­ti pasangan. Hari ini, kita terdedah dengan pelbagai kisah perhubunga­n gelap yang mencemarka­n institusi perkahwina­n.

Apabila perceraian berlaku, menjadi mangsa terbesar adalah anak yang tidak berdosa.

Begitu juga apabila seorang peniaga mengingati mati, mereka akan berlaku jujur dalam urus niaga yang dijalankan. Tiada penipuan dalam timbangan, tiada kegiatan pengambila­n keuntungan melampau dan tiada kontrak yang meragukan.

Sebaliknya, setiap urusan jual beli dilakukan dengan penuh ketelusan demi kebaikan peniaga dan pengguna.

Apabila seorang pekerja mengingati mati, mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Tiada budaya ‘mengular’ iaitu lari daripada tugasan.

Mereka sedar setiap saat kehadiran ke tempat kerja adalah dibayar. Mereka juga tidak mencuri barangan dari tempat kerja untuk dibawa pulang.

Apabila seorang agamawan mengingati mati, mereka akan menjalanka­n tanggungja­wab sebagai orang yang dipilih Allah SWT untuk menyampaik­an kebenaran.

Mereka adalah ejen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia