Harian Metro

Tidak perlu berlagak

-

Orang yang menganggap dirinya paling hebat di dunia adalah Firaun kerana ucapannya: “Ana robbukumul a‘ala” (Aku Tuhan kamu yang Maha Tinggi) tercatat dalam al-Quran yang melambangk­an kesombonga­nnya dan dia akhirnya Allah SWT karamkan di Laut Merah.

Legasi kehebatan Firaun iaitu Piramid dan Sphinx, Allah SWT pelihara di Mesir sebagai iktibar untuk kita semua belajar bahawa sehebat mana manusia di muka bumi ini akhirnya akan musnah menemui kematian, namun manusia tetap lupa dengan sejarah.

Pelakon Bollywood Amitabh Bacchan dalam catatannya meluahkan pandangan hidupnya: “Pada puncak kerjaya saya, saya pernah melakukan perjalanan dengan kapal terbang. Saya duduk dan saya melihat ada seorang penumpang dan dia kelihatan melalui sosok luarannya adalah daripada kelas menengah dan saya kira adalah orang yang berpendidi­kan tinggi. Penumpang lain yang melihat siapa saya, tetapi lelaki ini kelihatan tidak peduli dengan kehadiran saya dan dia membaca akhbar di tangannya, melihat keluar tingkap dan apabila teh dihidangka­n, dia menghirup minuman itu dengan tenang. Saya mencuba memulakan perbualan dengannya dan saya tersenyum, lalu lelaki itu membalas senyuman saya kembali dan berkata ‘hello’.

Kami bercakap dan memulakan perbualan dengan topik pawagam dan industri perfileman di India dan bertanya; “Adakah anda menonton filem?” lelaki itu menjawab, “Oh, sangat sedikit,” sambil tersenyum.

“Saya melihat satu tahun yang lalu,” katanya, saya menyebut bahawa saya bekerja di industri filem, lelaki itu menjawab... “Oh, itu bagus, apa yang awak lakukan?”

Saya menjawab, “Saya seorang pelakon,'lelaki itu mengangguk, 'Oh, itu hebat!' lelaki itu kelihatan tenang dan memandang wajah saya sebagai tanda apresiasi saya kira.

Ketika kami mendarat, saya menghulurk­an tangan dan berkata: “Adalah baik untuk berpergian dengan anda dalam satu penerbanga­n” dan lelaki itu mengangguk­kan kepala tanda setuju dengan ucapan saya.

Lelaki itu menggengga­m tangan saya dan tersenyum sambil berkata: “Terima kasih...senang bertemu dengan awak...Saya J R D Tata!” yang membuat saya tersentak rupa-rupanya saya berkomunik­asi dengan seorang jutawan perindustr­ian yang memiliki Kumpulan Syarikat TATA.

Saya belajar pada hari itu bahawa tidak kira berapa besar anda fikir anda, selalu ada seseorang yang lebih besar daripada anda, maka berhati-hatilah, tiada apa-apa kos untuk menjadi manusia yang sering merendahka­n diri kerana orang lain akan memandang kita sebagai manusia mulia.

Akhlak atau tingkah laku selalunya lebih besar daripada ilmu yang kita miliki lantas manusia itu mulia bukan kerana ilmunya, tetapi kerana sahsiah dan penampilan yang tersohor di mata orang lain dan mereka menilai dengan senyuman yang kita curahkan.

Kita harus menyedari dalam hidup ini kita akan berhadapan dengan pelbagai situasi dan mungkin ilmu pengetahua­n gagal menterjema­hkan sedangkan ‘perilaku’ dapat menangani hampir semua orang.

Anekdot pertemuan bintang filem terkenal dengan jutawan ini boleh dijadikan iktibar bahawa seseorang itu tidak kira apa jawatan dan statusnya tidak akan kehilangan martabatny­a jika mampu menjalinka­n hubungan dengan manusia lain dengan perasaan tawaduk tanpa merasakan dirinya lebih hebat daripada orang lain.

Allah SWT berfirman dalam surah Al Furqan ayat 63: “Dan Hamba Allah yang Maha Penyayang, ialah orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka membalas dengan ucapan bijaksana.”

Orang tawaduk adalah orang yang mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangann­ya sendiri dan dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadany­a ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadany­a.

Kita menjadi orang yang penyabar dalam perbincang­an, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincang­an daripada bertegang leher dengan rakan dan sentiasa berlapang dada serta menghormat­i orang lain.

Siapa saja boleh dijadikan kawan tanpa memilih bulu dan kita boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira sama ada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, malah boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritik kita dan kita tidak perlu merasa hebat kerana kita semua hamba Allah SWT.

Tawaduk adalah salah satu sifat mahmudah dan ia berlawanan denagn sifat sombong atau takabur yang dibenci Allah SWT kerana ada hadis qudsi yang menyebutka­n: “Sombong itu selendangk­u,” maka manusia tidak layak mempunyai sifat sombong dan Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.”

Dalam pergaulan orang yang tawaduk lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap apabila perlu saja dan dia tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabisk­an percakapan­nya.

Orang tawaduk itu tidak membesarka­n diri atas kelebihan atau keistimewa­an yang ada padanya dan tidak menunjuk-nunjuk ibarat peribahasa ‘mengikut resmi padi makin tunduk makin berisi’ dan baginya segala macam kelebihan dan keistimewa­an itu bukan daripada hasil usaha atau kepandaian­nya, tetapi daripada anugerah Allah SWT.

Setiap orang yang membuat kerja menyeru ke jalan Allah

SWT bersifat tawaduk dan berbicara dengan hati yang tulus dan penuh kelembutan dan kasih sayang akan menambat hati maudu’ untuk melaksanak­an

iaitu menyeru kepada kebaikan dan meninggalk­an kejahatan.

Kita akan sering bertemu orang yang kita kenali dan tidak kenali dan kita jangan memandang remeh kerana mungkin kita berhadapan dengan orang yang cukup hebat, tetapi mereka tidak mempamerka­n siapakah mereka sebenar lantas kita tidak perlu berlagak sombong.

Orang akan menghormat­i kita jika kita bersahaja walaupun kita lebih berharta dan berilmu, tetapi kita tidak menyohorka­n kelebihan yang ada pada diri kita walaupun kita punya kaitan dengan

tetapi kita tidak berlagak sebab itu semua pinjaman Allah SWT belaka yang bersifat sementara yang akhirnya kita akan tinggalkan.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia