Harian Metro

Kekayaan negara

-

 PNB elemen penting jayakan dasar induk kerajaan

Perdana Menteri berkata, antara peranan utama PNB adalah dari aspek pengagihan kekayaan di negara ini supaya lebih adil dan saksama menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Sebab itulah hari ini apabila kita sambut 40 tahun kejayaan PNB, kita juga menyambut kejayaan dasar induk kerajaan untuk menentukan masyarakat lebih adil dan saksama.

“Untuk melihat masyarakat lebih kukuh dan bersatu padu, kita lihat satu daripada unsur perpaduan itu adalah apabila setiap rakyat merasakan ada pemilikan adil dan saksama dan tiada golongan terpinggir.

“Ini kita lakukan di Malaysia apabila hari ini penyertaan Bumiputera dalam bidang korporat melebihi 23 peratus,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-40 PNB dan pelancaran logo barunya di sini, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Najib berkata, beliau masih ingat penjelasan daripada bapanya, Tun Abdul Razak mengenai DEB pada awal 1970-an dalam satu analogi mudah.

“Kita perlu kembangkan kek ini, apabila anda mengembang­kan kek ini baru ia boleh dikongsi tanpa mengambil hak orang lain.

“Ini formula yang membawa kita kepada kejayaan bukan saja PNB, tetapi kejayaan dari segi mengagihka­n kekayaan negara secara adil dan saksama,” katanya.

Pada majlis sama, Najib yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera turut mengumumka­n pemberian sagu hati RM2,000 kepada lebih 1,500 kakitangan PNB sempena sambutan ulang tahun ke-40.

Pembayaran wang sagu hati itu dibuat Mei depan sebagai menghargai kakitangan PNB yang menjadi tulang belakang institusi itu sehingga menjadi antara syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terbesar negara.

 ??  ?? NAJIB bersama kakitangan pada Majlis Sambutan 40 Tahun PNB bersama Perdana Menteri di Menara PNB, semalam.
NAJIB bersama kakitangan pada Majlis Sambutan 40 Tahun PNB bersama Perdana Menteri di Menara PNB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia