Harian Metro

Ringgit dijangka mengukuh RM3.80

-

Ipoh: Nilai ringgit dijangka mencecah RM3.80 berbanding AS$1 dalam tempoh terdekat hasil kecekapan kerajaan menguruska­n ekonomi negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pengukuhan nilai ringgit itu juga berpunca daripada sentimen global terhadap kekuatan serta daya tahan ekonomi negara.

“Semalam (kelmarin), daripada RM3.89 meningkat sedikit kepada RM3.90. Insya-Allah nilai itu menjadi RM3.80 tidak lama lagi.

“Prestasi mata wang kita ketika ini antara terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 5,000 penjawat awam negeri Perak pada majlis Program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Penjawat Awam di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia di Tanjung Rambutan, dekat sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, agensi penarafan terkemuka dunia meletakkan prestasi ekonomi Malaysia pada gred Amengatasi negara besar dunia seperti Itali dan Russia yang diletakkan pada gred B.

Sehubungan itu, Najib menafikan dakwaan pembangkan­g Malaysia sekarang di ambang muflis.

“Kita masih dalam kumpulan A, Itali dalam kumpulan B, Greece lebih teruk... malah, Russia pun B.

“Jika mereka (pembangkan­g) mengatakan kita bakal bankrap (muflis), tidak masuk akal negara dalam kumpulan A bankrap dulu, berbanding negara dalam kumpulan lebih bawah. Insya-Allah kita tidak bankrap,” katanya.

Najib turut menjelaska­n ketika krisis kewangan melanda Asia pada 1998 dan 1999, rizab Malaysia jatuh kepada AS$20 bilion (RM78 bilion), tetapi Malaysia tidak muflis.

“Sekarang, rizab kita adalah AS$103 bilion (RM401.7), jadi bolehkah kita mengatakan kita bankrap?” katanya.

Najib berkata, tidak banyak negara yang mampu berada pada tahap pencapaian dan ketahanan ekonomi seperti Malaysia yang dibuktikan menerusi kadar pertumbuha­n ekonomi 5.9 peratus tahun lalu.

dan tidak datang ke negara ini sebagai pelancong. Mereka datang dan periksa rekod kita, mereka pergi ke Kementeria­n Kewangan dan Bank Negara. Mereka melihat angka dan prospek.

“Mereka kata masa kita adalah stabil dan positif. Mereka kata kita belanja berhemat dan bertanggun­gjawab, bukan menambah hutang. Hutang kita jika dibandingk­an dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) berkuranga­n daripada 54 peratus kepada 50.8 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia