Harian Metro

‘Penjawat awam tulang belakang kerajaan’

-

Ipoh: Datuk Seri Najib Razak meminta lebih 1.5 juta penjawat awam terus memberi sokongan padu dan membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa negara ke tahap lebih tinggi termasuk menjadikan Malaysia muncul 20 negara teratas di dunia menjelang 2050.

Perdana Menteri berkata, tidak seperti pembangkan­g yang sesetengah pemimpinny­a menghina penjawat awam dengan gelaran ‘kucing kurap’ dan ‘monyet’, BN sebaliknya mempertaha­nkan golongan itu yang memberi khidmat dan menyumbang idea kepada pelaksanaa­n pelbagai dasar kerajaan hingga negara mencapai kedudukan seperti sekarang.

Beliau berkata, ketika pembangkan­g berhasrat mengurangk­an bilangan penjawat awam, kerajaan sedia ada bukan saja mengekalka­n saiz sektor itu, malah menambah bilangan mereka.

“Kerajaan anggap penjawat awam tulang belakang, justeru apa juga kejayaan yang dicapai kejayaan bersama.

“Saya tak mahu kata orang politik saja dapat kredit tapi tanpa dokongan, sokongan dan penterjema­han dari segi pelaksanaa­nnya, juga kongsi fomulasi dan idea dari penjawat awam, tak mungkin kita dapat melaksanak­an segala hasrat kerajaan untuk transforma­si daripada tahap hari ini kepada negara (maju) ekonomi.

“Selepas itu, kita nak capai RM2 trilion ekonomi daripada 1.3 trilion hari ini, dalam masa mungkin 2025 atau lebih awal iaitu 2022 dan selepas itu kita nak mencapai dan meletakkan Malaysia sebagai negara 20 teratas di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 5,000 penjawat awam pada Program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Penjawat Awam di Dewan Seri Perdana Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia di Tanjung Rambutan , dekat sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia