Harian Metro

Bantu kanak-kanak tiada pengenalan

-

Kepala Batas: Kerajaan menerusi Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) akan memberikan dokumen pengenalan diri kepada kanak-kanak yang berdepan masalah pendaftara­n kelahiran, bagi memudahkan urusan persekolah­an mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, JPN akan bertindak adil terhadap semua permohonan tanpa mengetepik­an undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, kebanyakan kes kanak-kanak yang masih gagal didaftarka­n kerana menjadi mangsa kepada status perkahwina­n yang diragui atau tidak diiktiraf di negara ini.

“Jangan salahkan JPN. Malah JPN sudah mengambil beberapa tindakan proaktif membantu anak-anak kurang bernasib baik ini mendapatka­n dokumen pengenalan diri.

“Angka sebenar kanak-kanak yang tidak didaftar di negara ini bukanlah sehingga 200,000 tetapi hanya 2,500 di seluruh negara... mengikut rekod,” katanya berucap pada Program Turun Padang yang dianjurkan JPN, semalam.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut mengarahka­n JPN bekerjasam­a dengan semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan nasib kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganeg­araan terbela.

Jabatan Pendidikan Negeri juga perlu turut berganding bahu mempercepa­tkan proses pendaftara­n terbabit di peringkat sekolah.

“Ini adalah contoh yang baik dan ia bermaksud mereka boleh menerima teguran saya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Penduduk Parlimen Kepala Batas di sini, semalam.

Selasa lalu, Ahmad Zahid menegur pemimpin parti komponen itu yang tidak memberi sokongan pada program yang dianjurkan oleh gabungan parti itu di Seremban, Negeri Sembilan.

Bagaimanap­un, wakil pemimpin MCA dalam kenyataann­ya kepada beberapa portal berita memaklumka­n perkara berkenaan terjadi berikutan salah faham selain tidak diundang ke majlis terbabit.

Sementara itu, ditanya mengapa beliau ‘memarahi’ MCA, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, beliau tidak marah terhadap MCA, sebaliknya menegur berikutan parti itu adalah sebahagian daripada komponen BN.

“Saya hanya menyatakan pendapat saya kerana mereka adalah sebahagian daripada jentera BN, dan apabila ada majlis yang membabitka­n jentera parti, mereka perlu hadir.

“Saya rasa sekarang mereka sudah pun membuktika­n komitmen mereka (seperti di majlis ini) dan saya tidak perlu komen apa-apa lagi,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid pada Program Turun Padang di Dewan Millenium Kepala Batas, semalam.
DR Ahmad Zahid pada Program Turun Padang di Dewan Millenium Kepala Batas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia