Harian Metro

Persediaan MBW 2018 makin rancak

-

Serdang: Persediaan yang semakin rancak bagi menjayakan Minggu Permotoran Malaysia 2018 (MBW 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, dari 23 hingga 25 Mac dilihat sebagai platform penyebar impak positif buat golongan belia di negara ini.

Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, program terbabit dapat menangkis stigma awam yang menganggap peminat motosikal sebagai individu bermasalah yang terbabit dalam gejala sosial.

“Kita bukan adakan pameran dan pertunjuka­n semata-mata, sebaliknya kita berikan didikan dan panduan supaya masing-masing dapat menunggang motosikal dengan berhemah.

“Tidak kiralah motosikal kapcai atau motosikal berkuasa tinggi, program ini dapat mendidik penunggang supaya lebih berdisipli­n dan mematuhi undang-undang jalan raya.

“Gerak kerja yang bermula hari ini sudah siap kira-kira 50 peratus dan diharapkan berjalan lancar sehingga hari program nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa teknikal di MAEPS di sini, semalam.

Seramai 100,000 peserta dijangka menyertai program terbabit dan pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM500,000 termasuk 40 motosikal terdiri daripada 30 unit model Yamaha Y15 dan 10 unit Benelli disediakan sempena jambori permotoran terbesar di Malaysia itu.

Katanya, 40 kenderaan koleksi peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, terdiri daripada trak, kereta klasik, kenderaan pacuan empat roda serta motosikal berkuasa tinggi akan dipamerkan kepada pengunjung sempena program yang diilhamkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu.

“Baginda juga sudah menyatakan perkenan untuk berangkat dan merasmikan program pada 24 Mac nanti.

“600 anggota polis bakal berkawal sepanjang program dibantu anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan 200 ahli pasukan perubatan akan sentiasa bersedia jika berlaku kecemasan.

“Media Prima Bhd (MPB) selaku antara rakan media rasmi akan menganjurk­an konsert membabitka­n barisan artis popular antaranya Awie, Ella dan Akim & The Majistret,” katanya.

 ??  ?? AB Rauf (tengah) bersama motosikal hadiah cabutan bertuah Malaysia Bike Week.
AB Rauf (tengah) bersama motosikal hadiah cabutan bertuah Malaysia Bike Week.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia