Harian Metro

Cinta warisan berzaman

-

 Pemilik galeri enggan jual barang antik walaupun ditawar harga lumayan demi generasi masa depan

“Walaupun sebahagian koleksi artifak ini boleh dijual sehingga mencecah RM300,000 namun saya akan terus menyimpann­ya kerana ia sangat berharga bagi generasi masa kini dan akan datang selain mengelak jatuh ke tangan orang asing,” katanya pemilik Galeri Pusaka Moyang (GPM), Wan Ahmad Arshad.

Beliau mendakwa memiliki lebih 100 barangan antik berupa manuskrip dan artifak berusia ratusan tahun yang dikumpulka­n selama lebih 41 tahun.

Katanya, artifak itu dalam pelbagai bentuk termasuk barang purba, manuskrip, dokumen, gambar lama, buku dan kitab.

“Antara artifak itu ialah al-Quran lama tulisan tangan serta Syair Siti Zubaidah bertulisan tangan berusia 171 tahun.

“Selain itu kendi tinggalan tamadun dunia Melayu prasejarah di pantai timur Malaysia dan selatan Thailand.

“Koleksi lain termasuk foto klasik bangunan dan landskap bandar raya utama dunia seperti London, Paris, Berlin, Brussels, New York, California, Melbourne, Beijing, Tokyo dan New Delhi serta mata wang dunia,” katanya selepas mengadakan program Kembara Ilmu di Sekolah Menengah Agama Persekutua­n (SMAP), Labu di sini, semalam.

Hadir sama, Pengetua SMAP Labu, Dr Abdul Jalil Ahmad.

Program berkenaan yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) julung kali diadakan bertujuan mendidik pelajar menengah menghayati sejarah dan warisan Melayu.

Wan Ahmad berkata, bahan antik berkenaan penting untuk generasi muda supaya mereka dapat mengenali susur galur generasi terdahulu selain mempelajar­i pelbagai aspek berkaitan ketamaduna­n nenek moyang mereka.

Beliau yang juga penyelidik dan beberapa kali mengadakan pameran bersaiz besar di ibu negara sebelum ini berkata, pihaknya puas kerana dapat memiliki barangan antik itu selain dapat berkongsi dengan penggemar lain dan masyarakat terutama generasi muda.

Katanya, program Kembara Ilmu hasil komitmen JPNS dan dijalankan di beberapa sekolah menengah seluruh negeri ini sepanjang tahun ini.

“GPM mengharapk­an perkongsia­n ilmu ini dapat membantu pendidik memperkaya­kan bahan pengajaran terutama dalam subjek teras dan kemanusiaa­n,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR SMAP Labu tertarik dengan al-Quran lama dan manuskrip berusia ratusan tahun dalam program Kembara Ilmu di sekolah itu.
PELAJAR SMAP Labu tertarik dengan al-Quran lama dan manuskrip berusia ratusan tahun dalam program Kembara Ilmu di sekolah itu.
 ??  ?? DR Abdul Jalil (kiri) melihat manuskrip lama sambil disaksikan Wan Ahmad (kanan).
DR Abdul Jalil (kiri) melihat manuskrip lama sambil disaksikan Wan Ahmad (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia