Harian Metro

Bertongkat genggam diploma

- Meor Riduwan Meor Ahmad dan Esther Landau news@nstp.com.my

 Pemuda berkerusi roda akibat kemalangan Februari lalu sertai majlis graduasi di ibu kota

Biarpun terpaksa memandu kereta lebih 300 kilometer (km) dari Kulai, Johor ke ibu kota, seorang mekanik yang berkerusi roda, bangga apabila menggengga­m segulung diploma pada Majlis Graduasi program Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu (RPEL), semalam.

Mohamad Rafiq Rosdi, 25, anak sulung daripada tiga beradik nyata terharu apabila menerima diploma disampaika­n Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem.

“Saya terbabit kemalangan motosikal pada 13 Februari lalu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di bengkel kereta dekat Skudai, Johor dan ketika itu, motosikal saya berlanggar dengan sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna) di satu persimpang­an hingga patah paha kanan dan terpaksa bertongkat dan berkerusi roda untuk bergerak ke mana-mana.

“Memang terharu dan bangga dapat hadir majlis konvokesye­n ini dan menerima sijil selepas bertungkus-lumus mengikuti kursus hingga tamat,” katanya ketika ditemui pada majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam. Mohamad Rafiq yang ditemani ibu dan adik perempuann­ya, Rohaya Salamat, 48, dan Nur Rafizah, 20, berkata, dia mengetahui program RPEL menerusi hebahan di media sosial dan mengikuti program itu secara separuh masa di E-access Internatio­nal College di bawah Persekutua­n Pusat Bertauliah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Malaysia (FeMAC).

“Saya bersyukur dapat mengikuti program ini dan menerima diploma kemahiran Malaysia tahap empat. Memang berbaloi, kerana saya tidak perlu bayar apa-apa dan menerima tajaan daripada PSMB (Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad).

“Program latihan yang saya sertai ini, kosnya mencecah lebih RM40,000 jika di tempat lain, bayangkan betapa bagusnya program dilaksanak­an kerajaan ini,” katanya.

Dia sebelum ini memiliki sijil latihan kemahiran tahap 1 dan 2 dan bercadang menyambung ke peringkat diploma lanjutan.

“Saya berharap dengan adanya diploma ini, majikan dapat menimbang untuk menaikkan gaji saya,” katanya yang berpengala­man kerja lima tahun sebagai mekanik kereta.

Seorang lagi peserta, Siti Jamilah Abdul Kahar, 47, berasal dari Kemaman, Terengganu, turut bersyukur terpilih mengikuti program RPEL di bawah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dalam bidang Juruteknik Penyelengg­araan Pesawat (AVIONIK).

Bekas Pegawai Waran Udara II di Kolej Tentera Udara, Alor Setar Kedah itu mengakui minat mendalam dalam bidang penerbanga­n mendorong dia untuk menyambung pengajian bagi meningkatk­an nilai tambah dalam kelayakan dimilikiny­a.

Sementara itu, Dr Richard berkata, program RPEL bertujuan membantu tenaga kerja dari kumpulan berpendapa­tan 40 peratus terendah mendapatka­n sijil kelayakan, sekali gus meningkatk­an kebolehpas­aran dan memperoleh pendapatan lebih tinggi.

Katanya, keseluruha­nnya 7,328 pelatih dari seluruh negara mendapat latihan kemahiran dalam 10 bidang antaranya automatif, pembuatan pakaian, elektrik, elektronik, bangunan dan pembinaan serta kimpalan.

 ??  ?? DR Richard Riot (tengah) menyampaik­an diploma kepada Mohamad Rafiq pada Majlis Graduasi Program RPEL 2018 di PWTC, semalam.
DR Richard Riot (tengah) menyampaik­an diploma kepada Mohamad Rafiq pada Majlis Graduasi Program RPEL 2018 di PWTC, semalam.
 ?? FOTO: BERNAMA ??
FOTO: BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia