Harian Metro

Nak lari terjerat diri

- Nordiana Shafiee news@nstp.com.my

Terdesak melarikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Kedah, seorang pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand nekad melompat masuk ke dalam sebuah Perodua Kembara tanpa menyedari ia kenderaan milik anggota jabatan itu.

Dalam serbuan awal pagi semalam di sebuah kafe di Sungai Petani itu, wanita berusia 20-an itu bertindak melarikan diri sebaik sepasukan Jabatan Imigresen menyerbu premis berkenaan yang terletak di tingkat bawah bangunan dua tingkat tersebut.

Ketika berlari tidak jauh dari premis itu, wanita terbabit kemudian melompat masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan yang mengekorin­ya dari belakang dengan harapan untuk menumpang bagi meloloskan diri.

Bagaimanap­un, sangkaanny­a nyata meleset apabila wanita itu sebenarnya melompat masuk ke dalam kenderaan milik pasukan serbuan yang tidak diletakkan logo Jabatan Imigresen.

Pengarah Imigresen negeri Zuhair Jamaludin berkata, wanita itu antara 18 GRO diberkas anggota penguat kuasa dalam serbuan di dua premis pusat hiburan berasingan dalam serbuan Op Gegar di Sungai Petani dan Kulim bermula jam 12 tengah malam.

Menurutnya, semua 18 GRO wanita terdiri warga Thailand dan Laos berusia antara 23 dan 40 tahun itu ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen iaitu melanggar syarat pas lawatan sosial untuk bekerja di premis hiburan berkenaan.

“Di lokasi pertama di Jalan Pondok Labu, Kulim, seramai lapan wanita warga Thailand dicekup ketika leka berhibur sambil melayan pelanggan masing-masing tanpa menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Kemudian di lokasi kedua di Sungai Petani, kami menahan lapan wanita warga Thailand dan dua wanita warga Laos yang mana tiga daripada mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang sehingga mencederak­an diri sendiri kerana terjatuh,”

 Wanita warga asing tersalah masuk kenderaan penguat kuasa dalam Op Gegar

katanya.

Katanya, semua wanita itu dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

 ??  ?? SERAMAI 18 GRO ditahan Jabatan Imigresen Kedah membabitka­n dua premis pusat hiburan awal pagi semalam.
SERAMAI 18 GRO ditahan Jabatan Imigresen Kedah membabitka­n dua premis pusat hiburan awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia