Harian Metro

Memang anu dalam botol

- Harun Yahya news@nstp.com.my

 Warga emas tahan sakit tiga jam kemaluan membengkak

Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih tiga jam selepas kemaluanny­a tersangkut dalam botol air mineral dalam kejadian di bandar ini, pagi semalam.

Difahamkan, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Sibu di sini, selepas usaha mengeluark­an kemaluanny­a dari botol berkenaan gagal hingga menyebabka­n alat sulitnya itu membengkak.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.21 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikejarkan ke hospital berkenaan bagi membantu mangsa.

“Difahamkan warga emas itu memasang botol mineral berkenaan pada kemaluanny­a malam tadi (kelmarin).

“Namun sebaik bangun tidur keesokan pagi (semalam), kemaluanny­a membengkak dan dia tidak dapat menanggalk­an botol berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Misran berkata, kemaluan mangsa dipercayai membengkak disebabkan aliran darah yang tersekat selepas mangsa memasang botol berkenaan pada kemaluanny­a.

“Kami menggunaka­n peralatan khas bagi menanggalk­an botol berkenaan dan operasi itu mengambil masa beberapa minit sahaja kerana kepala botol berkenaan diperbuat daripada plastik.

“Namun kami tetap mengambil langkah berhati-hati kerana ia membabitka­n anggota badan yang sensitif,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia