Harian Metro

Jasad dalam kereta

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

 Lelaki tidak pulang selepas balik kerja ditemui mati dalam kenderaan berkunci

Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar bekerja 7 Mac lalu terungkai apabila mayatnya ditemui dalam kereta di belakang bangunan kilang di Jalan BK 1/18 Bukit Jalil, semalam.

Mangsa, Tan Yew Meng, 30, ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di kerusi pemandu kereta Nissan Almera, jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, mangsa ditemui memakai seluar panjang hitam dan kemeja-T jalur jingga dan kenderaann­ya berkunci.

“Polis menghubung­i warisnya dan bapa mangsa mengesahka­n mayat itu anaknya.

“Pintu kenderaan dibuka menggunaka­n kunci pendua yang dibawa waris,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati mangsa yang bekerja sebagai penyelia kamera litar tertutup (CCTV) dan berasal dari Taman Puchong Utama, Puchong dekat sini, dilaporkan hilang oleh keluargany­a apabila tidak pulang selepas keluar bekerja 7 Mac lalu.

Difahamkan, sehari sebelum itu, mangsa menuju ke tempat kerja di Petaling Jaya, jam 6 pagi dengan memandu Nissan Almera.

“Namun keluargany­a membuat laporan polis keesokan harinya,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, pemeriksaa­n pasukan forensik pada kenderaan mangsa menemui kotak dalam keadaan terbuka mengandung­i ketulan arang di tempat duduk penumpang hadapan.

“Pemeriksaa­n menemui periuk kecil mengandung­i beberapa ketulan arang yang dibakar di tempat alas kaki penumpang hadapan.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam kes itu dan semakan rakaman CCTV di tempat kejadian mendapati mangsa meletakkan kenderaann­ya di situ pada 8 Mac sekitar jam 11.25 malam.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ?? MAYAT Tan ditemui dalam keretanya di belakang kilang.
MAYAT Tan ditemui dalam keretanya di belakang kilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia