Harian Metro

Lelaki muat naik pistol diburu polis

-

Kuala Terengganu: Tindakan berani seorang lelaki memuat naik gambar sepucuk pistol dengan status berdendam pada polis dan musuhnya memakan diri apabila diburu polis.

Selain memuat naik gambar dan status berbaur ugutan terhadap polis, suspek turut memuat naik pelbagai status yang menghina pemimpin parti politik termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut sumber, tindakan suspek itu terbongkar susulan aduan dibuat seorang lelaki menerusi

(VSP) yang diterima polis jam 10.35 malam Jumaat lalu.

Katanya, suspek menyebarka­n maklumat menerusi Facebook yang dimuat naik jam 4.40 petang pada 7 Disember, tahun lalu.

“Suspek dikatakan meletakkan dua gambar iaitu gambarnya sendiri dan objek yang disyaki pistol berwarna hitam. Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Terengganu pada 2016,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek yang berusia 31 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia