Harian Metro

Tunggu laporan bedah siasat

-

Melaka: Tunggu laporan bedah siasat.

Hanya itu kenyataan boleh dibuat pengurusan sebuah taman tema air di Alor Gajah, di sini, ketika diminta mengulas kematian seorang pengunjung di pusat peranginan itu yang menjadi tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin.

“Kami tidak dapat beri apa-apa kenyataan.

“Kes masih dalam siasatan polis dan kami juga belum menerima laporan bedah siasat daripada hospital,” kata sumber daripada pusat peranginan itu ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, polis juga sudah mengeluark­an kenyataan berhubung kejadian itu dan pihaknya enggan mengulas lanjut.

Berita kematian mangsa tular di laman Facebook sejak kelmarin selepas dimuat naik seorang pengguna dengan mengatakan seorang wanita berusia 20 tahun tercampak keluar daripada permainan gelongsor air ketika berswafoto menyebabka­n dia terjatuh ke dalam pusingan laju.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tampin sebelum meninggal dunia pada 12 Mac lalu.

Polis Melaka semalam menasihatk­an orang awam khususnya pengguna laman sosial supaya tidak terus menyebarka­n maklumat kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Sun Teoh Tia dilaporkan berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian itu dan penyebaran berita tidak sahih boleh mengganggu siasatan.

Katanya, polis belum menerima laporan daripada keluarga mangsa dan maklumat diterima selepas pihak Hospital Tampin, Negeri Sembilan membuat laporan kematian mangsa kepada Balai Polis Pulau Sebang, Alor Gajah, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia