Harian Metro

Harapan bertukar kecewa

- Zaid Salim news@nstp.com.my

 Nelayan ceroboh perairan Indonesia dihukum penjara 6 bulan

Nelayan, Abdul Rashid Nik, 53, yang ditahan kerajaan Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu April tahun lalu dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Abdul Rashid dari Kampung Seberang Takir di sini, yang menjalani perbicaraa­n di Mahkamah Natuna, Riau, Indonesia pada 6 Mac lalu kini ditempatka­n di Rumah Tahanan Tanjung Pinang, Indonesia.

Keputusan itu sekali gus memberi kekecewaan kepada keluarga nelayan terbabit yang menaruh harapan tinggi untuk bersama lelaki itu pada Aidilfitri tahun ini.

Isteri Abdul Rashid, Nurul Huda Yatim, 47, berkata, selepas kerajaan mengumumka­n nelayan tempatan ditahan negara itu akan dibebaskan secara berperingk­at dengan persetujua­n bersama antara Malaysia dan Indonesia, November tahun lalu, dia tidak sabar menunggu kepulangan suami selepas hampir setahun.

Malah, kegembiraa­n itu dikongsi bersama lima anaknya, Mohamad Hamizzulka­mal, 26, Nur Syairah, 24, Umi Najihah, 21, Nur Iman Solehah, 19, dan Umi Darwisyah, 7, yang menganggap pengumuman kerajaan itu berita baik buat mereka yang sekian lama merindui tonggak keluarga terbabit.

Anak keempat, Nur Iman Solehah berkata, dia dan adik-beradiknya sangat gembira selepas mendengar berita pembebasan itu dan berharap mereka dapat bersama bapa menjalani ibadah puasa dan sambutan Aidilfitri pada Jun depan.

“Kami tidak sabar hendak memeluk dan mencium tangan bapa kerana kami sangat merinduiny­a.

“Sebagai kejutan buat bapa, kami juga bercadang untuk berpakaian sedondon di pagi raya namun semua impian itu musnah apabila tidak dapat bersamanya selepas dia dikenakan hukuman penjara.

“Kami sangat menghargai pengorbana­n bapa yang membesarka­n kami dengan rezeki sebagai nelayan dan tidak jemu menunggu kepulangan­nya yang dijangka bebas pada September tahun ini,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di premis menjual pakaian di sini.

Nurul Huda mengakui sejak suaminya ditahan pada 8 April tahun lalu dia menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup berikutan tidak mempunyai sumber kewangan tetap.

“Sejak berkahwin hingga kini, suamilah tempat saya bergantung hidup dan ketiadaann­ya di sisi membuatkan saya buntu bagaimana untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

“Saya tidak bekerja, manakala anak kedua bertugas sebagai jururawat di Kuantan dan anak sulung saya berkeluarg­a dan bekerja sebagai tukang masak hotel di Kuantan.

“Kedua-dua mereka serta anak keempat, Nur Iman Solehah banyak membantu saya selain saudara mara sebelah suami sangat mengambil berat dan membantu dalam segala hal termasuk kewangan kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Perumahan Kos Rendah Seberang Takir di sini.

 ??  ??
 ??  ?? NURUL Huda
NURUL Huda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia