Harian Metro

Program bersama rakyat

-

Putrajaya: Agensi yang berada di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) diminta aktif turun padang bagi memastikan individu yang layak mengundi berdaftar dengan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Ketua Setiausaha­nya, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata, sebagai kementeria­n yang diamanahka­n menjaga gerak kerja berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK), beliau melihat pegawai yang bertugas di negeri atau daerah kini menjalanka­n tugas masing-masing dengan sebaiknya.

“KKMM kini giat menjalanka­n pelbagai program bersama rakyat yang secara tidak langsung dapat berkongsi dasar dilakukan kerajaan dengan masyarakat termasuk yang menetap di pedalaman.

“Selain itu, kami turut memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai hak dan impak kepada negara jika mereka turun mengundi. Walaupun berada pada era moden, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mengetahui hak mereka dan mengapa mereka perlu mengundi.

“Agensi di bawah KKMM turut menyatakan dalam kempen mereka satu undi untuk satu calon saja. Mereka mesti tahu mengenai perkara berkenaan kerana jika tidak diberi pendedahan pasti mereka menganggap PRU itu hanya perkara kecil,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKMM bagi 2017, di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.

Pada majlis berkenaan, 685 kakitangan menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan membawa pulang wang tunai RM1,000 setiap seorang serta sijil penghargaa­n.

 ??  ?? JAILANI (duduk, tengah) dan Sharifah Zarah (dua dari kiri) bersama penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKMM.
JAILANI (duduk, tengah) dan Sharifah Zarah (dua dari kiri) bersama penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia