Harian Metro

‘Ini baru selesa’

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

 Remaja cacat sejak lahir terima kaki palsu baru

“Kaki palsu baru diterima ini lebih selesa dan tidak sakit serta menyebabka­n kecederaan ketika berjalan, malah saiz dan bentuknya sesuai dengan lutut saya.

“Selepas beberapa jam memakai kaki palsu saya sudah boleh mengimbang­kan diri ketika berjalan tanpa menggunaka­n tongkat,” kata remaja cacat kaki, Muhammad Daniel Haikal Hasdi, 14 tahun.

Beliau berkata, kaki palsu sumbangan Syarikat Kedidi Kaki Palsu dari Selangor itu lebih ringan ketika berjalan dan tidak panas serta menyebabka­n ia berpeluh kerana mempunyai lubang udara.

“Saya hanya mampu bersyukur dan mengucapka­n terima kasih kepada pemilik Syarikat Kedidi Kaki Palsu apabila bermurah hati menyumbang kaki palsu yang 100 peratus buatan tangan.

“Keikhlasan mereka sukar untuk saya dan keluarga balas, saya hanya mampu berdoa semoga syarikat terbabit terus berjaya serta berkembang dalam perniagaan yang diusahakan,” katanya yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar di sini.

Beliau yang cacat sejak lahir menerima kaki palsu jenis yang disampaika­n pengurus Syarikat Kedidi Kaki Palsu Syafiq Redzuan Abdullah di rumahnya di Kampung Batu Lapan Lepar di sini, semalam.

Syafiq Redzuan berkata, ini kali pertama pihaknya menyumbang­kan kaki palsu jenis

kepada golongan yang memerlukan tanpa mereka perlu datang ke bengkel pembuatan syarikat. Katanya, kaki palsu jenis mempunyai kelebihan berbanding di pasaran kerana ia ringan, mudah dipasang dan mempunyai lubang udara.

“Kaki palsu buatan tangan dapat menyelesai­kan masalah Muhammad Daniel Haikal yang terpaksa menggunaka­n tongkat ke sekolah.

“Menjadi tanggungja­wab kami membantu remaja terbabit bergerak selesa tanpa menyebabka­n kecederaan dan keadaan tidak selesa secara berterusan,” katanya.

Sebelum ini Harian Metro menyiarkan berita Muhammad Daniel Haikal yang dilahirkan cacat kaki kanan tidak dapat menggunaka­n kaki palsu diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tulang kaki yang dipotong tahun lalu memanjang.

Setiap kali dia memakai kaki palsu, kaki kanannya luka dan berdarah hingga menimbulka­n masalah.

Untuk bergerak remaja itu menggunaka­n tongkat bahu dan kerusi roda.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 21 Februari lalu. SYAFIQ Redzuan (kanan) memasang kaki palsu pada Muhammad Daniel Haikal di rumahnya, semalam.
LAPORAN Harian Metro 21 Februari lalu. SYAFIQ Redzuan (kanan) memasang kaki palsu pada Muhammad Daniel Haikal di rumahnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia