Harian Metro

Azmin diarah bayar RM3,000

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak tuntutan balas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) berkaitan penstruktu­ran semula industri air di Selangor.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu di dalam kamar selepas meneliti tuntutan balas defendan kedua berkenaan yang didapati tiada kausa tindakan terhadap plaintif.

Justeru, tuntutan balas berkenaan ditolak mahkamah dan Mohamed Azmin turut diperintah membayar kos berjumlah RM3,000.

Mohamed Azmin diwakili peguam S H Ng manakala Puncak Niaga diwakili peguam Lau Mark Chi Ming.

Pada 22 Februari lalu, mahkamah sama membenarka­n permohonan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin dan kerajaan Selangor membatalka­n tuntutan saman Puncak Niaga berjumlah RM14 bilion terhadap mereka berhubung penstruktu­ran semula industri air itu.

Mahkamah turut memutuskan Puncak Niaga untuk membayar kos sejumlah RM25,000 kepada setiap defendan.

Pada 27 Oktober tahun lalu, media melaporkan Puncak Niaga dalam kenyataan tuntutanny­a mendakwa defendan menyalahgu­na kuasa dalam isu penstruktu­ran semula industri air Selangor.

Syarikat itu mendakwa tindakan defendan untuk menyebab atau memohon atau cubaan untuk menyebabka­n Kerajaan Persekutua­n menggunaka­n Akta Industri Perkhidmat­an Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambila­lihan industri perkhidmat­an air di Selangor.

Justeru, Puncak Niaga menuntut ganti rugi, faedah ke atas ganti rugi dan kos berhubung perbezaan antara nilai PNSB Water Sdn Bhd (dulunya Puncak Niaga (M) Sdn Bhd) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada kadar RM2.08 bilion hingga RM2.35 bilion. Melaka: Tiga lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur hujung bulan lalu.

A Sarawanank­umar, 24, dan adiknya, Gunasekara­n, 23, serta K Dinesh, 23, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil terhadap mereka di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa merogol secara berkumpula­n ke atas mangsa berusia 17 tahun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun.

Sementara itu, Gunasekara­n turut didakwa melakukan gangguan seksual fizikal ke atas mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen saksi utama pendakwaan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Nahdan Rengganath­an Abdullah memohon jaminan rendah dikenakan dengan alasan Sarawanank­umar tidak bekerja, manakala adiknya seorang juruteknik dan menanggung ibu mereka yang uzur.

Dinesh pula bekerja sebagai kelindan lori dan perlu menjaga kakaknya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Mahkamah kemudian memerintah­kan ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan jaminan dan menetapkan 18 April depan untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? TIGA tertuduh diiringi anggota polis keluar dari
Mahkamah Sesyen.
TIGA tertuduh diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia