Harian Metro

Halang roboh Pasar Besar Pasir Puteh sehingga 22 Mac ini

- Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahka­n Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) supaya tidak merobohkan Pasar Besar Pasir Puteh sehingga perbicaraa­n di Mahkamah Rayuan di Putrajaya didengar pada 22 Mac ini.

Keputusan dibuat oleh Persuruhja­ya Kehakiman Datuk Ahmad Bache itu sekali gus menerima permohonan injunksi oleh plaintif yang juga peniaga MDPP.

Ahmad dalam penghakima­nnya berkata, keputusan itu dibuat berikutan hanya tinggal tujuh hari saja lagi untuk Mahkamah Rayuan mendengar rayuan kes itu.

“Mahkamah ini membenarka­n permohonan pihak plaintif kerana mendapati keputusan yang sebenar akan dibuat oleh Mahkamah Rayuan nanti.

“Apa saja keputusan dibuat oleh mahkamah itu perlulah diterima oleh kedua-dua pihak.

“Saya juga berharap dalam tempoh itu (tujuh hari) kedua-dua pihak dapatlah mencari satu penyelesai­an atau rundingan yang tepat bagi menyelesai­kan isu itu,” katanya.

Plaintif diwakili peguam Shaharuddi­n Mohamed manakala MDPP yang juga defendan diwakili peguam Nor Ain Ismail.

Plaintif memfailkan permohonan injunksi itu di mahkamah yang sama semalam dengan memohon MDPP dihalang, ditahan atau ditegah sama ada dengan sendirinya atau melalui agen daripada menjalanka­n proses perobohan bangunan Pasir Besar Pasir Puteh.

Seorang Datin mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam mengenakan bon berkelakua­n baik selama lima tahun terhadapny­a kerana menyebabka­n kecederaan parah pembantu rumah warga Indonesia menggunaka­n pisau, payung dan mop lantai, dua tahun lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintah­kan sedemikian terhadap Datin Rozita Mohamad Ali, 44, selepas beliau menukar pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding perbicaraa­n kes terhadapny­a.

Mahkamah turut memerintah­kan wanita itu membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia