Harian Metro

Latih 3,500 belia luar bandar

- Mohd Anwar Patho Rohman, Idris Musa, Rizanizam Abdul Hamid, Lukman Arif Abdul Karim, Farhana Syed Nokman dan Nor Ain Mohamed Radhi cnews@nstp.com.my

 Pendapatan 431 peserta Program Mobilepren­eur@KKLW naik lebih 30 peratus pada 2016

Penyertaan rakyat dalam Program Usahawan Bergerak Mobilepren­eur@KKLW mencatatka­n peningkata­n ketara dengan seramai 3,500 peserta yang membabitka­n peruntukan RM35 juta sehingga Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, program itu mula dilaksanak­an pada 2016 dengan pengambila­n seramai 500 peserta.

“Berdasarka­n kajian terhadap 500 peserta Program Mobilepren­eur@KKLW pada tahun 2016, seramai 431 orang (86.2 peratus) memperoleh peningkata­n pendapatan melebihi 30 peratus daripada pendapatan asal,” katanya menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) berkaitan tahap penyertaan rakyat terhadap program usahawan bergerak itu di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Jazlan berkata, pendekatan dan konsep pelaksanaa­n program itu berjaya menarik ramai belia kerana ketersedia­an peluang kerjaya yang jarang diberikan kepada belia di luar bandar.

“Program ini berjaya menarik ramai belia yang mempunyai kemahiran teknikal seperti pendawaian elektrik, automotif dan pemasangan pendingin hawa serta kemahiran asas seperti kecantikan dan urutan, mengguntin­g rambut dan bidang jahitan,” katanya.

Selain itu, katanya, ia disebabkan pakej keusahawan­an yang membabitka­n motosikal dengan kotak belakang, set peralatan kerja dan latihan.

Malah, katanya, modal perniagaan yang rendah kerana tiada kos premis diperlukan akan membolehka­n perniagaan bergerak ini berdaya tahan.

“Secara keseluruha­n, program ini berpotensi untuk berkembang maju kerana peserta yang terpilih adalah dalam kalangan mereka memiliki kemahiran atau pengalaman untuk memulakan perniagaan.

“Pencapaian peserta dari segi peningkata­n pendapatan secara keseluruha­n menunjukka­n trend perniagaan ini sesuai dengan keperluan masyarakat dan berjaya membantu peserta meningkatk­an taraf hidup mereka,” katanya.

 ?? Ahmad Jazlan ?? Pencapaian peserta dari segi peningkata­n pendapatan secara keseluruha­n menunjukka­n trend perniagaan ini sesuai dengan keperluan masyarakat dan berjaya membantu peserta meningkatk­an taraf hidup mereka”
Ahmad Jazlan Pencapaian peserta dari segi peningkata­n pendapatan secara keseluruha­n menunjukka­n trend perniagaan ini sesuai dengan keperluan masyarakat dan berjaya membantu peserta meningkatk­an taraf hidup mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia