Harian Metro

Cari bala...

-

 10 anggota polis ditahan dipercayai lakukan samun ketika operasi pemeriksaa­n warga asing

polis yang melakukan pemeriksaa­n kemudian menjalanka­n pemeriksaa­n ke rumah berhampira­n dan menahan seorang lelaki serta wanita warga Indonesia kerana didapati tidak memiliki dokumen perjalanan.

Pada masa sama, seorang penghuni di kawasan itu datang meminta bantuan buruh binaan terbabit untuk membebaska­n pasangan terbabit sebelum mereka berunding untuk membuat bayaran RM2,000.

Buruh binaan itu kemudian kembali ke rumahnya untuk mengambil wang tunai RM2,000 daripada seluar yang turut berisi barang kemas serta wang tunai RM2,900.

Dia kemudian menyerahka­n wang RM2,000 sebelum semua anggota polis terbabit beredar menaiki sebuah van putih.

Sekembalin­ya ke rumah, dia mendapati seluarnya yang mengandung­i baki wang tunai RM2,900, 10 cincin emas, dua utas rantai emas, empat gelang emas dan satu anting-anting diletakkan di atas katil hilang.

Lelaki terbabit kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Setapak.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n penangkapa­n 10 anggota polis terbabit.

“Kita sudah mengenal pasti dan menahan semua anggota yang disyaki terbabit dalam kes samun itu dan tindakan sudah dijalankan Polis Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi
MOHAMAD Fuzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia