Harian Metro

‘Kes Wan Ahmad dah selesai’

- Safeek Affendy Razali dan Fazrik Kamaruddin cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan kononnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd direhatkan daripada menjalanka­n tugas susulan isu wang yang disimpan dalam beberapa akaun di Australia sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menganggap kes berkenaan sudah selesai memandangk­an siasatan dalaman sudah dilakukan PDRM dua tahun lalu.

“Malah ketika siasatan dibuat pada 2016, PDRM turut membekukan kenaikan pangkat Datuk Seri Wan daripada Senior Deputi Komisioner Polis (SDCP) kepada Komisioner Polis (CP) ketika dia memegang jawatan Ketua Polis Johor.

“Jadi beliau sudah menerima hukuman atas dakwaan berkenaan namun kita memberi kenaikan pangkat kepadanya selepas mendapati dia tidak bersalah berdasarka­n hasil siasatan yang dijalankan dua tahun lalu,” katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM di Bukit Aman, semalam.

Fuzi berkata, pihaknya juga sudah berhubung dengan pihak berkuasa Australia bagi mendapatka­n maklum balas mengenai isu berkenaan selain meneliti segala dokumen berhubung proses penjualan kediaman Datuk Seri Wan di Shah Alam.

“Hasil laporan daripada siasatan itu, kami dapati beliau (Datuk Seri Wan) memang menjual rumahnya bagi membiayai kos pembelajar­an anaknya di Australia,” katanya.

Calarkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Itu tindakan 10 anggota polis yang ditahan selepas dipercayai melakukan samun ketika operasi pemeriksaa­n warga asing di kawasan kediaman Air Panas, Setapak, Jumaat lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam, sekumpulan anggota polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah, Komuniti dan Keselamata­n yang memakai anak baju polis dilaporkan memeriksa beberapa unit kediaman disyaki didiami warga asing di Lorong 1, Jalan Air Panas, Setapak.

Ketika pemeriksaa­n itu, seorang penghuni satu unit kediaman yang juga buruh binaan berusia 62 tahun bersama isterinya diperiksa sebelum dia menunjukka­n kad pengenalan diri dan pasport milik isterinya.

Selepas berpuas hati, anggota

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia