Harian Metro

HSB bina piawaian patuh syariah

-

Kuala Lumpur: Hospital Sungai Buloh (HSB) dalam proses membina piawaian bagi menuju ke arah hospital awam patuh syariah dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pengarah HSB, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya kini bekerjasam­a dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi meneliti aspek yang perlu dipatuhi sebelum membina sebuah hospital awam patuh syariah.

“Berdasarka­n permintaan tinggi pesakit terhadap beberapa aspek patuh syahospita­l riah, kita merasakan sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan piawaian ke arah tujuan berkenaan.

“Antaranya, pesakit wanita mahu memilih doktor wanita sebagai pakar sakit puan dan juga ketika bersalin.

“Kita sedia maklum pesakit tidak boleh memilih doktor di hospital awam berikutan kekurangan kakitangan dan pakar pada satu-satu masa, namun kita mencuba yang terbaik.

“Kita juga melihat kepada permintaan pesakit yang mahukan pakaian yang menutup aurat berikutan akses bebas di wad.

“Jadi, selain meneruskan pelaksanaa­n program Hospital Mesra Ibadah (HMI), kita mahu pesakit selesa ketika menerima rawatan, sekali gus semua pihak dapat mematuhi syariah yang ditetapkan,” katanya selepas merasmikan Wacana Media Eksekutif Indeks Syariah Malaysia 2018 di Hospital Sungai Buloh, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

 ??  ?? DR Khalid (kanan) bersama Dr Hilmi (tiga dari kanan) merasmikan Wacana Media Eksekutif Indeks Syariah Malaysia 2018 di Hospital Sungai Buloh, semalam.
DR Khalid (kanan) bersama Dr Hilmi (tiga dari kanan) merasmikan Wacana Media Eksekutif Indeks Syariah Malaysia 2018 di Hospital Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia