Harian Metro

Siasatan video viral sudah lengkap Di mana kau Md Mahmudur

- Nurul Hidayah Bahaudin news@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Polis sudah menghantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara berhubung kes video viral seorang wanita yang mendakwa polis melarangny­a masuk ke balai polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan berhubung insiden itu sudah lengkap dan tindakan juga sudah diambil.

“Susulan kes itu, polis sudah buka kertas siasatan dan ia juga sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Tiga individu yang didakwa terbabit dalam video itu juga sudah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang wanita merakam video berdurasi enam minit 28 saat mendakwa polis melarangny­a masuk ke balai polis itu selepas diekori sebuah kereta lain yang dinaiki tiga lelaki.

Video itu mencetuska­n perdebatan apabila nitizen menuduh polis tidak bertindak sewajarnya bagi melindungi mangsa.

Bagaimanap­un Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menafikan dakwaan mangsa kononnya tidak dibenarkan masuk ke dalam Balai Polis Alam Damai, Cheras, untuk mendapatka­n perlindung­an.

Beliau berkata wanita terbabit dibenarkan masuk ke kawasan balai selepas anggota di pos kawalan balai polis berpuas hati dengan penjelasan­nya.

>>Lokasi terakhir lelaki itu dikesan adalah di Pulau Pinang  Saksi, mangsa warga Bangladesh diminta hadir ke mahkamah bicara kes rogol, samun

Polis berusaha mengesan seorang lelaki warga Bangladesh untuk hadir di Mahkamah Petaling Jaya pada 20 dan 21 Mac ini bagi perbicaraa­n kes samun dan rogol di sebuah pusat siber di Bandar Kinrara 2, di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, lelaki itu, Md Mahmudur Rahaman Rana, 35, adalah mangsa serta saksi utama kes berkenaan.

“Lokasi terakhir lelaki itu dikesan adalah di Pulau Pinang, namun sehingga kini dia masih belum dapat ditemui.

“Lelaki terbabit adalah seorang daripada dua mangsa dalam kejadian samun dan rogol di sebuah kafe siber di Bandar Kinrara 2, di sini, Mei tahun lalu,” katanya semalam.

Dalam kejadian Mei tahun lalu, Md Mahmudur bersama seorang lagi wanita yang juga pekerja di pusat siber berkenaan disamun dua lelaki sebelum suspek merogol wanita warga Indonesia yang bekerja di premis sama.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan sebelum rakaman itu tular di media sosial.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki terbabit diminta menghubung­i balai polis berhampira­n untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubung­i pegawai penyiasat, Asisten Superinten­dan Mohd Aizam Mohamad Razif,” katanya.

 ??  ??
 ?? Mohamad Fuzi Harun ?? Tiga individu yang didakwa terbabit dalam video itu juga sudah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis”
Mohamad Fuzi Harun Tiga individu yang didakwa terbabit dalam video itu juga sudah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis”
 ??  ?? MD Mahmudur
MD Mahmudur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia