Harian Metro

21 jalan ditutup, dilencongk­an Sabtu ini

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 21 jalan di sekitar pusat bandaraya ini akan ditutup dan dilencongk­an bagi memberi laluan kepada Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Night Run 2018 sempena Hari Polis ke-211 yang berlangsun­g di Dataran Merdeka di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, antara jalan yang ditutup adalah Jalan Raja, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Hishamudin, Jalan Lembah, Jalan Perdana, Jalan Tanglin dan Jalan Cenderawas­ih.

“Jalan lain yang turut ditutup adalah Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Langgak Tunku, Jalan Tunku, Jalan Sultan Sallahudin, Jalan Tun Ismail dan Jalan Raja Laut.

“Selain itu, Jalan Tun Perak, Jalan Damansara (muzium), Jalan Maharajale­la, Jalan Sultan Ismail, Jalan Putra, Lebuh Raya Sultan Iskandar dan Jalan Tuanku Abdul Halim turut ditutup,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mazlan berkata, semua jalan itu ditutup kepada pengguna bermula jam 7 malam, 17 Mac hingga 1 pagi, 18 Mac iaitu sepanjang tempoh acara larian berkenaan berlangsun­g sebelum dibuka semula selepas kerja pembersiha­n dilakukan.

“Dalam program ini, ada tiga acara utama iaitu larian sejauh lima kilometer (km), 10km dan 21km bermula di Dataran Merdeka jam 8 malam yang dijangka disertai lebih 10,000 peserta,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mahu mendapatka­n maklumat berhubung program itu dan penutupan jalan boleh menghubung­i Hotline Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20719777 atau lawati laman Facebook dan Instagram Trafik KL.

 ??  ?? LALUAN bagi program PDRM Night Run 2018 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
LALUAN bagi program PDRM Night Run 2018 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia