Harian Metro

Impian jadi pakar kanser

- Nursyahira­h Marzuki cnews@nstp.com.my

 Hasrat pelajar cemerlang SPM 10A+ selepas kematian ibu akibat barah ovari

Kematian ibu akibat barah ovari, tiga tahun lalu menjadi pembakar semangat kepada Muhammad Syafiq Irfan Sajali, 17, yang bertekad mahu memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, sekali gus merealisas­ikan cita-citanya untuk bergelar pakar kanser sebagai mengingati penyakit yang pernah dideritai ibunya sehingga meninggal dunia.

“Arwah ibu, Rosnani Muin menghadap Ilahi kerana menghidap kanser ovari ketika saya di tingkatan dua dan sejak saat itu, saya bercita-cita menjadi pakar perubatan khususnya dalam bidang kanser.

“Alhamdulil­lah, saya berjaya memperoleh 10A+ dalam semua mata pelajaran dan saya berharap ia terus memberi motivasi kepada saya untuk meneruskan hasrat murni ini,” katanya yang muncul antara pelajar cemerlang Sekolah Alam Shah (SAS) di sini.

Seorang lagi pelajar cemerlang SAS, Muhammad Hilal Asyraf Nor Hisham, 17, berkata biarpun tidak sihat dan hampir pitam akibat terlalu penat belajar, namun ia tidak menghalang­nya untuk memperoleh keputusan 10A bagi semua mata pelajaran dalam SPM 2017 yang diumumkan, semalam.

Malah, sebaik keputusan diumumkan, Muhammad Hilal Asyraf dilihat terus melakukan sujud syukur di dalam dewan sebelum memeluk kedua ibu bapanya.

Bekas Ketua Pengawas SAS itu berkata, kejayaanny­a itu bukan saja hasil titik peluhnya sendiri tetapi hasil dorongan ibu bapa dan guru yang banyak memberikan sokongan walaupun dia berdepan pelbagai cabaran ketika menduduki peperiksaa­n itu pada tahun lalu.

“Ketika menduduki peperiksaa­n, pelbagai masalah saya hadapi hingga berada dalam keadaan tidak sihat dan hampir pitam ketika menduduki mata pelajaran Biologi.

“Mungkin badan saya terlalu penat akibat terlalu banyak belajar selain tugas yang perlu dilaksanak­an sebagai Ketua Pengawas tetapi saya tetap menguatkan semangat apabila mengenangk­an ibu bapa dan guru yang banyak berkorban,” katanya.

Menurutnya, hasil kejayaan itu memberi peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains Aktuari di New Zealand bagi mencapai cita-citanya sebagai Gabenor Bank Negara satu hari nanti.

Sementara itu, Pengetua SAS Salleh Ismail berkata, sekolah itu mencatatka­n peningkata­n ketara apabila Gred Purata Sekolah (GPS) SPM tahun lalu meningkat iaitu 1.36 berbanding 2.04 pada 2016.

 ??  ?? MUHAMMAD Syafiq Irfan dijulang rakannya selepas memperoleh keputusan cemerlang pada majlis pengumuman keputusan SPM, semalam.
MUHAMMAD Syafiq Irfan dijulang rakannya selepas memperoleh keputusan cemerlang pada majlis pengumuman keputusan SPM, semalam.
 ??  ?? MUHAMMAD Hilal Asyraf
MUHAMMAD Hilal Asyraf

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia