Harian Metro

Petronas labur RM235j di Itali

-

Syarikat petroliam negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi anak syarikatny­a, Petronas Lubricants Internatio­nal Sdn Bhd (PLI) melabur sebanyak AS$60 juta (RM235 juta) bagi membangunk­an pusat penyelidik­an dan teknologi (R&T) minyak pelincir global serba maju di Turin, Itali.

Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pelaburan itu jelas memaparkan komitmen Petronas untuk melabur dalam teknologi masa depan, khususnya bagi penguranga­n karbon dioksida (CO2).

“Ini adalah pelaburan masa depan yang membabitka­n teknologi untuk masa akan datang. Kami percaya sudah tiba masanya Petronas membuat komitmen dan mewujudkan pusat R&T ini supaya ia bukan saja sebagai platform untuk minyak tetapi juga minyak pelincir,” katanya kepada media selepas majlis perasmian pusat berkenaan di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Syed Zainal Abidin berkata, lokasi pusat itu yang hampir dengan pejabat pengeluar peralatan tulen (OEM) di rantau itu, ia juga membolehka­nnya berada lebih dekat dengan pelanggan.

“Hanya menerusi pemilikan kemudahan sedemikian, akan memberi peluang besar kepada kami untuk lebih erat dengan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Giuseppe D’Arrigo pula menyifatka­n pembukaan pusat R&T itu sebagai penting dan sejajar dengan matlamat syarikat untuk menjuarai usaha mengurangk­an CO2.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia