Harian Metro

PMB Investment catat pulangan 33%

- Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

 4,237 pelabur terima agihan RM4.1 juta

PMB Investment Bhd (PMB Investment), anak syarikat Pelaburan Mara Bhd mencatatka­n pulangan 33 peratus bagi prestasi setahun untuk dana ekuiti, PMB Shariah Growth Fund (PMB SGF) dengan agihan 12 sen seunit bersamaan kadar pulangan sebanyak 8.85 peratus bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2018.

Jumlah pengagihan sebanyak RM4.1 juta akan dibayar kepada 4,237 pelabur korporat dan runcit.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Datuk Ahmad Nazim Rahman berkata, prestasi positif itu dipacu oleh peningkata­n dalam dua segmen iaitu pelabur runcit (perseorang­an) dan pelabur korporat (institusi).

“Setakat ini, kedua-dua segmen menyumbang 50 peratus portfolio pelaburan.

“Pada tahun ini, kami menyasarka­n RM350 juta diperoleh daripada pelabur runcit manakala bakinya menerusi pelabur korporat dengan pelaksanaa­n lebih banyak promosi dan pengukuhan saluran pengedaran serta jualan melalui ejen di seluruh negara,” katanya selepas majlis pengumuman prestasi dana terbaik PMB Investment dan pengagihan pendapatan PMB SGF di sini, semalam.

Majlis disempurna­kan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hadir sama, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf dan Pengerusi PMB Investment, Datuk Abdul Malik Ismail.

Majlis sama turut menyaksika­n pengumuman prestasi lima dana terbaik daripada 14 dana di bawah pengurusan PMB

Lima dana berkenaan terdiri daripada PMB Shariah Aggressive Fund, PMB SGF; PMB Shariah Small-Cap

Investment. Fund; PMB Shariah Premier Fund dan PMB Shariah Dividend Fund.

Sementara itu, menurutnya pihaknya mengunjurk­an jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) berjumlah RM1.9 bilion, pada akhir tahun ini.

“Jumlah AUM PMB Investment adalah RM1.040 bilion dan kami optimis untuk mencapai penambahan RM850 juta lagi tahun ini,” katanya.

 ?? Ahmad Nazim ?? Pada tahun ini, kami menyasarka­n RM350 juta diperoleh daripada pelabur runcit, manakala bakinya menerusi pelabur korporat dengan pelaksanaa­n lebih banyak promosi dan pengukuhan saluran pengedaran serta jualan melalui ejen di seluruh negara”
Ahmad Nazim Pada tahun ini, kami menyasarka­n RM350 juta diperoleh daripada pelabur runcit, manakala bakinya menerusi pelabur korporat dengan pelaksanaa­n lebih banyak promosi dan pengukuhan saluran pengedaran serta jualan melalui ejen di seluruh negara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia