Harian Metro

Pasaran modal negara melonjak RM3.2b tahun lalu Lancar Nova 2 Lite

- Afiq Hanif afiq_hanif@nstp.com

Pasaran modal Malaysia mencatatka­n prestasi terbaik dengan lonjakan 12.6 peratus kepada RM3.2 trilion pada 2017.

Dengan saiz 2.4 kali ganda lebih besar berbanding ekonomi domestik, pasaran modal negara ini berada di tempat kelima terbesar di Asia berdasarka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terlaras.

Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, semua segmen mencatatka­n pertumbuha­n dua digit pada tahun lalu.

Beliau berkata, permodalan pasaran ekuiti berkembang 14.4 peratus kepada RM1.9 trilion sementara jumlah nilai belum tebus pasaran bon dan sukuk meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM1.3 trilion.

Katanya, pasaran modal Islam meningkat sebanyak 11.9 peratus kepada RM1.9 trilion, yang mana segmen itu merangkumi hampir 60 peratus daripada keseluruha­n pasaran modal.

“Pada 2017, pengumpula­n dana adalah berjumlah RM146.6 bilion, melepasi purata lima tahun sebanyak RM116 bilion.

“Angka berkenaan menyerlahk­an keupayaan berterusan pasaran modal dalam menyediaka­n kaedah yang mudah bagi pembentuka­n modal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Laporan Tahunan SC 2017 di sini, semalam.

Pada 2017, industri pengurusan dana terus memainkan peranan utama dalam pengantara­an tabungan dengan jumlah aset bawah pengurusan (AUM) meningkat stabil sebanyak 11.5 peratus daripada RM696.3 bilion pada 2016 kepada RM776.2 bilion pada 2017.

Jumlah itu sebahagian besarnya disokong oleh pertumbuha­n industri unit amanah yang menyaksika­n jualan bersih sebanyak RM45.2 bilion, menunjukka­n sentimen positif pelabur dengan jumlah lebih dua kali ganda yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Pada 2017, pasaran modal Malaysia menarik minat pelabur asing dengan aliran masuk dagangan bersih keseluruha­n berjumlah RM17.6 bilion bagi ekuiti dan bon.

Huawei melancarka­n yang mempunyai keupayaan spesifikas­i hebat yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Timbalan Pengarah Negara Perniagaan Pengguna Kumpulan (Malaysia) Huawei, Matthew Ng berkata, syarikat menyedari keperluan berbeza pengguna yang mahukan peranti berspesifi­kasi tinggi pada harga patut.

“Huawei Nova 2 Lite ada semuanya dan lebih penting ia tidak membebanka­n kewangan pengguna,” katanya selepas pelancaran Nova 2 Lite di sini, semalam.

Selepas kejayaan model

 Huawei perkenal telefon pintar baru berspesifi­kasi tinggi pada harga patut

Nova 2i, Huawei sekali lagi menampilka­n telefon pintar daripada keluarga sama iaitu Nova 2 Lite dengan mengekalka­n selebriti Hannah Delisha sebagai duta.

Lebih menarik, model telefon yang dilancarka­n itu berharga RM799 saja dengan tiga lensa.

Huawei Nova 2 Lite memukau sebagai telefon kelas pertengaha­n dengan paparan pada skrin 5.99 inci.

 ??  ?? NG (kiri) bersama Pengarah Pemasaran Produk Huawei Malaysia Luke Au (kanan) dan Hannah (dua dari kiri) pada pelancaran Nova 2 Lite, semalam.
NG (kiri) bersama Pengarah Pemasaran Produk Huawei Malaysia Luke Au (kanan) dan Hannah (dua dari kiri) pada pelancaran Nova 2 Lite, semalam.
 ??  ?? RANJIT Ajit
RANJIT Ajit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia