Harian Metro

Dijel 16 tahun rogol, cabul ibu kandung

-

Singapura: Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 16 tahun dan 18 sebatan terhadap lelaki 34 tahun selepas didapati bersalah merogol dan mencabul ibu kandungnya, semalam.

Ketika menjatuhka­n hukuman di Mahkamah Tinggi Singapura, Pesuruhjay­a Kehakiman Foo Chee Hock berkata, pihak pendakwa berjaya membuktika­n kes mereka melampaui keraguan terhadap tertuduh yang menghadapi tiga tuduhan rogol dan mencabul.

Menurut laporan media Singapura, lelaki itu yang pernah dihukum kerana kesalahan mengambil dadah, rompak dan pecah rumah adalah anak kedua daripada tiga anak lelaki hasil perkahwina­n pertama wanita 58 tahun itu.

Today Online melaporkan, lima bulan sebelum kejadian pada 4 Oktober 2013 itu, wanita berkenaan mempelawa anaknya itu tinggal bersama dia dan suami barunya kerana lelaki berkenaan tiada tempat tinggal.

Pada awal pagi hari kejadian, wanita berkenaan tidur seorang diri apabila anaknya yang baru pulang, menyerangn­ya secara seksual.

Menurut Straits Times, dalam perbicaraa­n, lelaki itu mendakwa dia hanya menyelak pakaian ibunya untuk melihat bahagian sulit mangsa.

Namun, pendakwa mengemukak­an rakaman perbualan telefon wanita terbabit dengannya yang dibuat selepas kejadian.

Dalam rakaman itu, wanita terbabit berulang kali bertanya kerana dia ‘kacau’ dan lelaki berkenaan menjawab dia suka berbuat demikian dan akan melakukann­ya lagi.

Bekas penyelaras keselamata­n itu mendakwa ibu dan bapanya tirinya membuat tuduhan palsu bagi menghalaun­ya dari rumah. Agensi

 ??  ?? TOYS ‘R’ Us memfailkan untuk menjual atau menutup semua kedainya di Amerika. Langkah syarikat itu bakal menyebabka­n 33,000 orang kehilangan pekerjaan. Syarikat menjual mainan kanak-kanak itu yang dibebani
hutang, memfailkan notis perlindung­an muflis September lalu. Menurut AFP, Pengarah Urusan Global Data Retail, Neil Saunders, menyalahka­n kepemimpin­an yang teruk sebagai punca masalah syarikat berkenaan. Bermula pada 1948, Toys ‘R’ Us memiliki 881 kedai
di Amerika dan hampir 65,000 pekerja di seluruh
dunia. - Agensi
TOYS ‘R’ Us memfailkan untuk menjual atau menutup semua kedainya di Amerika. Langkah syarikat itu bakal menyebabka­n 33,000 orang kehilangan pekerjaan. Syarikat menjual mainan kanak-kanak itu yang dibebani hutang, memfailkan notis perlindung­an muflis September lalu. Menurut AFP, Pengarah Urusan Global Data Retail, Neil Saunders, menyalahka­n kepemimpin­an yang teruk sebagai punca masalah syarikat berkenaan. Bermula pada 1948, Toys ‘R’ Us memiliki 881 kedai di Amerika dan hampir 65,000 pekerja di seluruh dunia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia