Harian Metro

Aceh kaji pancung pembunuh

- Agensi

 Hukuman itu perlu bagi mengurangk­an kadar jenayah di Aceh

Kerajaan autonomi Aceh dilapor sedang mengkaji hukuman pancung bagi kesalahan membunuh.

Media, termasuk media Indonesia melaporkan, Pengarah Pejabat Undang-Undang Syariah dan Hak Asasi Manusia Aceh, Syukri M Yusuf berkata, kerajaan Aceh sudah meminta pihaknya mengkaji pelaksanaa­n hukuman pancung itu.

Liputan6 melaporkan, Syukri berkata, selepas kajian yang akan dilakukan pada tahun ini, pihaknya akan menggubal undang-undang. Syukri menegaskan hukum kisas itu perlu bagi mengurangk­an kadar jenayah di Aceh, khususnya pembunuhan.

Menurutnya, jika hukum Syariah dilaksanak­an secara konsisten, jenayah seperti pembunuhan akan menurun bahkan tiada lagi kerana ada ketakutan untuk melakukann­ya.

“Ketika orang takut membunuh, maka nyawa orang lain selamat, nyawa dia juga akan selamat,” katanya.

Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia melaksanak­an undang-undang Syariah, termasuk sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkaitan zina dan judi.

Buat masa ini, hukuman bagi jenayah lain termasuk membunuh masih menggunaka­n undang-undang kebangsaan Indonesia.

Menurut Daily Mail, Syukri dilapor berkata, hukuman bagi kes bunuh yang diamalkan sekarang dianggap ringan dan pesalah biasanya melakukan kembali jenayah itu selepas dibebaskan dari penjara.

 ??  ?? ACEH melaksanak­an hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkaitan zina dan judi. - Agensi
ACEH melaksanak­an hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkaitan zina dan judi. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia