Harian Metro

‘Basuh’ kucing dalam mesin

- Agensi

 Wanita bunuh kucing jantan yang mahu mengawan dengan haiwan peliharaan­nya

Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas merakamkan perbuatann­ya membunuh kejam kucing jantan yang mahu mengawan dengan haiwan peliharaan­nya dengan ‘membasuhny­a’ dalam mesin basuh dua kali sebelum memuat naik video itu ke media sosial.

Rakaman diambil wanita tidak diketahui identitiny­a di Jaen, Andalusia, Sepanyol, itu dikongsika­n ke Instagram.

Apabila kucing berkenaan tidak mati ketika pusingan pertama dia mengulangi proses membasuh kali kedua tanpa menghirauk­an haiwan berkenaan mengiau ketakutan.

Wanita itu didengar berkata: “Kenapa? Ngiau? Duduklah dalam tu! Inilah padahnya jantan yang mahu mengawan dengan kucing kesayangan saya.”

The Mirror melaporkan dia turut menyertaka­n emoji ketawa seolah-olah perbuatann­ya menggelika­n hati dengan rakaman diberi tajuk ‘Gatolavado­ra’ (mesin basuh kucing).

Selepas selesai dia menunjukka­n kucing itu pada jarak dekat dan berkata: “Kucing pembawa sial sudah mati.”

Perbuatann­ya dikecam hebat pengguna media sosial tetapi wanita berkenaan langsung tidak rasa bersalah malah mengancam membunuh anjing pula selepas ini.

Daily Mail memetik organisasi pegawai kebajikan haiwan berkata, wanita itu kini dilaporkan menghilang­kan diri kerana diburu pihak berkuasa.

 ??  ?? PETIKAN rakaman video dimuat naik wanita Sepanyol yang dikecam netizen. - Agensi
PETIKAN rakaman video dimuat naik wanita Sepanyol yang dikecam netizen. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia