Harian Metro

AKUR RAIH GANGSA

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

 Penerjun Korea Utara pintas Pandelela,

Jun Hoong pada dua terjunan terakhir di Fuji

Gandingan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong terpaksa akur dengan meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada kejohanan Siri Dunia Terjun FINA kedua di Fuji di Jepun, semalam.

Pasangan itu sebelum ini memenangi pingat perak pada kejohanan pertama

Persekutua­n

Renang Antarabang­sa (FINA) yang berlangsun­g di Beijing, China pada minggu lalu.

Dalam saingan yang diadakan di

Kolam Renang Shizuoka Prefectura­l Fuji itu, pasangan penerjun negara itu mengumpul 310.32 mata untuk menamatkan saingan di tempat ketiga.

Gandingan yang memenangi perak di Sukan Olimpik 2016 Rio itu bagaimanap­un mulanya berada di kedudukan kedua sehingga terjunan ketiga, namun penerjun Korea Utara, Kim Mi Rae-Kim Kuk Hyang berjaya memintas selepas terjunan keempat dan kelima untuk mengatasi mereka dengan perbezaan 1.26 mata.

“Saya tetap gembira dengan pingat hari ini (semalam). Bersyukur kerana masih kekal menyumbang pingat buat negara,” kata Jun Hoong yang akan bersaing dalam acara 10m platform individu bersama Pandelela hari ini.

Pandelela pula berkata, dia gembira dengan persembaha­n gandingan mereka itu yang mana mempamerka­n persembaha­n yang konsisten.

Pasangan dari China, Zhang Jiaqi-Zhang Minjie yang turut mendominas­i pada siri pertama minggu lalu, sekali lagi mempamerka­n kehebatan mereka apabila membawa pulang emas dengan mengumpul keseluruha­n 335.70 mata. Sementara itu, satu lagi gandingan negara, Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri yang beraksi semalam sekadar menduduki kedudukan keenam dengan mengumpul 253.14 mata dalam saingan 3m papan anjal seirama wanita. Gandingan China, Chang Yani dan Shi Tingmao merangkul pingat emas acara itu dengan keputusan 319.80 mata.

 ??  ?? PANDELELA
JUN Hoong
PANDELELA JUN Hoong
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia