Harian Metro

Pasangan China ranap impian Peng Soon, Liu Ying

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Lumpur: Biarpun mempamerka­n semangat juang, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, gagal mara lebih jauh dalam saingan Seluruh England apabila kecundang pada pusingan kedua, semalam.

Pemenang pingat perak Rio 2016 cuba memberi tentangan terhadap pasangan China Zhang Nan-Li Yinhui, namun ia gagal menghalang pilihan kelapan kejohanan itu mencatat kemenangan 24-22, 22-20.

Kekalahan Peng Soon-Liu Ying turut menamatkan cabaran Malaysia dalam aksi beregu campuran apabila beregu nombor satu negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tersungkur seawal pusingan pertama kelmarin.

Ternyata banyak perlu dilakukan yang Peng Soon-Liu Ying apabila tersingkir buat kali kedua berturut-turut pada peringkat awal, apatah lagi dengan saingan Sukan Komanwel Gold Coast menanti bulan depan.

Minggu lalu, kedua-dua mereka tewas seawal pusingan pertama pada Terbuka Jerman di Mulheim.

Satu lagi gandingan yang turut membawa cabaran negara ke Australia adalah Soon Huat-Shevon yang dipilih berbanding beregu berpengala­man Kian Meng-Pei Jing yang mencatat kemerosota­n prestasi kebelakang­an ini.

Soon Huat-Shevon, bagaimanap­un meraih motivasi tambahan apabila menjulang Terbuka Jerman, gelaran pertama mereka musim ini.

Sementara itu dalam acara perseorang­an lelaki, juara bertahan dan bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bakal menentang pemain Korea Selatan Lee Dong Keun pada pusingan kedua.

Pemain lain yang bakal beraksi di Birmingham Arena adalah beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, yang akan menentang pasangan England Marcus Ellis-Chris Langridge, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berdepan pilihan utama Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia dan Goh Jin Wei akan berdepan pemain Jepun Aya Ohori pada pusingan kedua perseorang­an wanita.

 ??  ?? LIU Ying (kiri) bersama Peng Soon akhiri cabaran beregu campuran.
LIU Ying (kiri) bersama Peng Soon akhiri cabaran beregu campuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia