Harian Metro

Kian Meng-Pei Jing celaru dengan corak permainan

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui mengakui kemerosota­n prestasi Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mungkin disebabkan mereka masih keliru dengan corak permainan sendiri.

Selepas ditunjukka­n jalan keluar di pusingan pertama Terbuka Jerman, minggu lalu, Kian Meng-Pei Jing terus bergelut apabila turut menerima nasib sama pada saingan Seluruh England, kelmarin.

Beregu nombor sembilan dunia itu tewas kepada pasangan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja 18-21, 11-21.

“Mereka bermain di bawah tahap prestasi sebenar dan terlalu banyak melakukan kesilapan mudah. Saya fikir mereka berdepan masalah daripada aspek kemahiran teknikal dan corak permainan. Mereka tidak jelas dan masih keliru,” kata Eei Hui ketika dihubungi di Birmingham, kelmarin.

Ditanya sama ada kedua-dua pemain itu mempunyai masalah komunikasi, Eei Hui menolak andaian berkenaan.

“Januari lalu, mereka bermain sangat baik dengan menghasilk­an keputusan positif apabila mara ke suku akhir dalam dua atau tiga kejohanan. Jadi, saya tidak fikir mereka ada masalah komunikasi,” katanya.

Kemerosota­n prestasi Kian Meng-Pei Jing menyaksika­n mereka digugurkan daripada skuad negara ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, bulan depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaliknya menyenarai­kan pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie yang dilihat lebih konsisten termasuk menjuarai Terbuka Jerman, Ahad lalu.

Bagaimanap­un, Soon Huat-Shevon turut tersingkir di pusingan pertama Seluruh England selepas tewas kepada Chris Adcock-Gabrielle Adcock 14-21, 15-21.

Sementara itu, Pei Jing ketika dihubungi meminta dia diberi ruang untuk menenangka­n

 ??  ?? KIAN Meng (kiri) bersama Pei Jing.
KIAN Meng (kiri) bersama Pei Jing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia